You need Java to see this applet.
Umie Aida
Back to Main Menu
Memory
MEMORI MANIS

   Setiap manusia tidak pernah lari dari pengalaman-pengalam suka & duka. Berbekalkan pengalaman jugalah seseorang itu boleh berjaya dalam impian sekiranya mahu membaiki kesilapan yang pernah dilakukan. Begitu juga buat artis pujaan Nana ini. Disini Nana ingin berkongsi cerita-cerita yang Nana dapati dari majalah-majalah yang diceritakan sendiri oleh Kak Umie.

    Kak Umie lebih senang bercerita tentang kenangan manis sewaktu di alam persekolahan. Ini kerana semasa dizaman persekolahan, dia amat berbeza dengan perwatakannya kini. Di alam persekolahan, Kak Umie merupakan seorang "Tomboy" yang mempunyai ramai kawan-kawan wanita sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Wataknya agak lasak, tegas dan  berambut pendek .Budak-budak lelaki takut mendekati dia kerana sikapnya kasar dan muka yang bengis. Tapi tak bermakna menjadi tomboy dia boleh melakukan sewenang-wenang pada teman wanitanya. Contohilah sikap Kak Umie, kalau kita nak suka-suka pada zaman remaja, boleh asalkan kita tahu batas-batas agama dan tidak menghancurkan orang lain semata-mata untuk kesenangan hidup kita.


    Pengalaman kedua Kak Umie yang dapat kita kongsi bersama ialah sewaktu Kak Umie cuba melakukan eksperimen pada rambutnya. Sewaktu itu, dia masih menuntut di tingkatan 3. Dia bersama 5 rakan yang lain melakukan projek ini gara-gara kerana confident dengan apa yang dipelajari. Mereka menggunakan hidrogen yang dibawa pulang dari sekolah & digunakan pada rambut. Memang warna bertukar menjadi perang tapi rambut bertukar menjadi keras & mengambil masa setahun untuk pulih. Akibatnya dia & rakan-rakan yang lain dihukum oleh guru disiplin untuk memakai tudung di depan perhimpunan. Agak nakal juga Kak Umie ni-kan. 


     Pengalaman manis yang terakhir tentunya pengalaman dalam memelihara & mendidik 2 anak angkat yang disayangai. Mohd Daniel Firdaus (8 tahun) & Mohd Zulhalmi (7 tahun) merupakan anak-anak bertuah yang mendapat penjagaan dari Kak Umie. Walaupun mereka dari keluarga miskin, namun atas dasar perikemanusiaan & kasih sayang, Kak Umie terpanggil untuk memelihara anak-anak ini.






MEMORI PAHIT

   Pengalaman pahit yang sememangnya masih segar diingatan Kak Umie ialah jatuh basikal kepunyaan abangnya. Kerana cemburukan ayah yang membelikan basikal baru buat abang, Kak Umie yang sememangnya degil telah mencuri-curi mencuba basikal baru milik abangnya yang telah pun keluar menunaikan sembahyang Jumaat. Kalau nak tahu, itulah pertama kali Kak Umie menunggang basikal dan masih tidak tahu cara-cara menunggang dengan betul. Yang silapnya, Kak Umie tidak pandai memberhentikan basikal itu. Kalau nak 'brek', Kak Umie hanya akan menjatuhkan dirinya ke tepi jalan. Kerana semakin asyik, Kak Umie tidak dapat mengawal diri menyebabkan dia terpaksa melanggar apa sahaja bagi mengelak dari terlanggar pagar. Akibatnya, dia terhumban ke tanah sementara basikal tersebut tercampak & terpelanting beberapa kali. Tiba-tiba darah mengalir dengan deras dari bahagian kepala. Dahinya didapati terkoyak agak besar. Kak Umie cuba gagahkan diri untuk bangun & mengambil keputusan menyorok di belakang rumah. Namun abangnya nampak kejadian itu & mengadu pada ayahnya. Apa lagi, bukan bantuan yang diperolehi malah ditambah dengan libasan rotan. Selepas itu barulah dia dibawa ke hospital. Namun ayah mana tak sayangkan anak. Kak Umie tetap mendapat layanan bagaikan puteri sepanjang dia sakit.



    Pengalaman pahit yang kedua pula ialah pengalaman ditipu oleh prodesur drama. Produser itu memanggil Kak Umie & menawarkan untuk mengambil dirinya sebagai pelakon drama yang akan diarahkannya. Setelah menerima skrip & membincangkan mengenai bayaran & jadual pengambaran, Kak Umie mengambil keputusan menerima tawaran tersebut. Setelah berhari-hari berlatih menghayati watak & membuat budget bagi perbelanjaan keluarga, selang beberapa hari selepas itu, dia menerima panggilan dari produser tersebut yang mengatakan dia tidak diperlukan bagi drama itu. Bayangkan bagaimana masa & tenaga telah dihabiskan & anda menerima berita duka seperti itu. Tentu berbagai-bagai perasan seperti marah, kecewa & nak menagis pun ada. Sesungguhnya itulah pertama kali Kak Umie diperlakukan begitu. Namun Allah S.W.T itu maha pengasih, selang beberapa hari kemudian,. Kak Umie menerima tawaran berlakon dari Kuasatek Pictures bagi watak dalam Romeo & Juliet.  Itulah kekuatan & kecekalan hati yang dimiliki oleh Kak Umie. Kerna itu tak mustahil Kak Umie semakin berjaya sehingga ke hari ini.




Hosted by www.Geocities.ws

1