GOSSIP
    Dalam kehidupan dunia artis tak pernah lari dari menerima gossip-gossip. Tak kiralah samaada ianya adalah positif @ pun negatif. Tetapi yang nyata, gossiplah yang akan menentukan jatuh bangunnya seseorang artis. Kak Umie misalnya juga tidak pernah lari dari menerima gossip & kritikan. Namun ianya dapat diatasi kerana sikapnya yang tidak mudah melenting & hanya membiarkan peminat menentukan sekiranya gossip itu adalah benar @ tidak. Disini kita ikuti perkembang gossip yang diterima setiap tahun oleh Kak Umie sepanjang penglibatannya dalam dunia seni hiburan tanahair.


1998     -     Dikaitkan berkasih & bercinta dengan personaliti TV3 yang tinggi & handsome.
                   Tetapi akhirnya dikecewakan juga.


1999     -     Gossip bercinta dengan pelakon & penerbit drama duda, Hani Mohsein. Ini kerana
                   mereka sama-sama terlibat dalam drama bersiri
Romeo & Juliet. Tetapi itu cuma di
                   dalam filem sahaja.

                   Dituduh berlaku sumbang gara-gara membela 3 orang ank angkat yang dianggap
                   sebagai anak kandungnya sendiri. Walau bagaimanapun, hanya allah sahaja yang
                   mengetahui isi hati & keikhlasan Umie.    

                  Umie Aida isteri kedua prodesur? Kecoh kerana kekerapan Kak Umie berlakon
                  dalam drama terbitan produser ini & menyebabkan dia digossip menjadi isteri kedua
                  kepada produser ini (Mohd Noor Kadir). Tetapi yang peliknya cerita itu disebarkan
                  sendiri oleh mereka yang bertugas dibelakang kamera. Namun hubungan mereka
                  hanya sebagai pelakon & produser & tidak lebih dari itu.
                    
2000     -     Deejay RFM dikatakan bercinta dengan Umie Aida. Namun gossip ini disanggah
                  sendiri oleh KC Ismail kerana dia hanya merupakan pengurus pada Umie Aida bagi
                  album kedua nanti. Yang pasti akan diterbitkan dalam masa terdekat.

                  Gossip bertunang dengan krew.                     

                  Dikaitkan dengan Hairie Othman selepas lakonan mereka didalam Leftanen Adnan
                  sebagai pasangan suami isteri. Mereka terus dikaitkan sehingga diluar filem. Namun
                  kedua-duanya tetap keras menafikan hubungan mereka. Gossip ini tetap terus
                  diperkatakan sehingga kini. Namun yang nyata mereka hanya sekadar kawan baik
                  yang sama-sama berjuang dalam industri hiburan tanahair.    

2001     -     Masih tidak lari dari gossipnya bersama Hairie Othman. Namun kedua-dua pihak
                  masih terus menafikan @ tidak akan memberi sebarang kenyatan di mana-mana
                  akhbar. Ini bertujuan tidak menyinggung mana-mana pihak di akhbar-akhbar lain.
                  Niat baik mereka harus dicontohi. Janganlah kita mencampuri urusan mereka.  
                  Sekiranya ada jodoh, pasti fantasi akan menjadi realiti.

Hosted by www.Geocities.ws

1