| Jika anda ada sebarang komen, silalah hantar melalui e-mail /guestbook kepada saya melalui laman ini. Dalam laman ini saya akan memberikan beberapa pandangan & komen yang akan saya luahkan & juga pandangan serta komen yang di e-mail kepada saya dari anda semua. Sila gunakan bahasa yang sopan ketika berbicara. Kerjasama anda dapat memeriahkan lagi dunia hiburan tanahair. Sokonglah Industri hiburan tanahair. |
|
| MELARIK KASIH Drama ini disiarkan secara episod setiap hari Isnin - Khamis di TV1. Nana sendiri tdk dpt menyaksikan cerita ini kerana bekerja. Namun atas kerjasama seorang peminat setia Kak Umie dari Sarawak iaitu Dayang Suriya Ribal yg sudi & sanggup menceritakan setiap episod yg ditayangkan. Terima kasih Dang. Setiap sinopsis episod ini yg Nana coretkan adalah hasil nukilan & cerita asal dari Dang. Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Ida (Umie Aida) yg tinggal bersama kedua ayah & ibu angkatnya. Ibu & ayahnya meninggal dunia sewaktu usianya meningkat remaja. Ayahnya mati lemas akibat perahunya karam dipukul ombak besar. Ibunya pula meninggal pd hari yg sama akibat terlalu sedih. Idah diberi amanat pd jirannya iaitu Makcik Ani utk menjaga Ida. Ketika arwah ibu Ida masih hidup, dia selalu membuat kuih utk dijual pd orang kampung yg menjadi kegemaran teruatamanya Jamal (Hairie Othman). Kuih yg menjadi kegemaran Idah adalah Kuih Lapis. Idah belajar membuat kuih dari ibunya. Ida sempat merajuk dgn ayahnya kerana menyatakan kuih yg dibuat tdk sedap. Setelah kematian kedua ibu bapanya, Ida tdk lagi bercadang utk membuat kuih kerana merasakan gara-gara kuih itulah, dia telah kehilangan ibu bapanya. Peristiwa itu menjadi trauma dlm hidupnya. Jamal-lah yg berjaya memujuknya & akhirnya berusaha utk meneruskan warisan peninggalan ibunya setelah dewasa. Sebenarnya, Ida masih mempunyai ibu kandung. Ayahnya pernah bercerita & menunjukkan gambar ibu kandungnya itu. Idah & Jamal memang rapat semenjak kecil. Setelah dewasa & semakin matang....... masing-masing mula menyimpan perasaan cinta tetapi tdk diluahkan. Namun seorang lagi pemuda kampung juga menaruh minat pada Ida iaitu Sudin (Roy Azman) yg selalu mengganggu Ida. Pada hari jadi Ida, Jamal menghadiahkan sebentuk cincin namun tiada tanda-tanda untuk meluahkan perasaan. Ida merupakan Pengerusi KEMAS di kampungnya. Mereka semakin sibuk membuat persiapan kerana menanti kedatangan Pegawai dari KEMAS ke kampung mereka. Pada waktu itulah Jamal meghadapi kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Pekan. Ini kerana brek motosikalnya telah digunting oleh Sudin. Nasib baik hanya terseliuh dikaki. Ida pula semenjak Jamal kemalangan, dia menjadi takut. Takut akan kehilangan Jamal pula setelah peristiwa lama membayangi dirinya. Dia tak mahu kehilangan Jamal yg telah banyak memberinya semangat selama ini. Laila (Amyza Adnan) adik kepada Jamal yang telah banyak mempertemukan mereka berdua. Sudin masih tdk habis-habis dengki pd Jamal. Kali ini dia telah bubuh tuba ke dalam kolam ikan milik Jamal. Ini kerana Jamal pernah mengadu pd bapa Sudin atas perbuatan Sudin yg mencuri bot-bot orang kampung utk dijual. Walaupun dah kena tangkap, namun Sudin tak juga serik-serik. Dia memasang rancangan lain utk membuat Ida membenci Jamal. Dia berpakat dengan Suraya untuk memikat Jamal agar Ida cemburu. Suraya (Sharifah Hasleenda) anak kepada Mak Andam Gayah (Rosnah Mat Aris (baru pulang kekampungnya. Dia berpendidikan hingga ke tahap STPM & sgt sombong kerana menyangka dirinya lebih pandai. Dia merasakan orang kampung tak layak bergaul dengannya, Ida semakin sibuk dgn aktiviti KEMAS & menyuarat. Suraya tak mahu join mereka & selalu mencari perbalahan dgn Ida. Ida lebih suka beralah. Ida semakin sibuk dgn jualan kuihnya & semakin maju pula. Kini kuihnya bukan sahaja dijual dikampung, malah sehingga ke Pekan. Laila dipertemukan dgn sepupunya iaitu Iwan (Rosyam Noor). Mereka mula saling mengenali antara satu sama lain. Iwan siap kena interview lagi dari Laila sebelum menyatakan hasrat hatinya utk memiliki Laila, Setelah terjadi peristiwa dimana Iwan membantu Ida & Laila dari diganggu Sudin, Laila mula jatuh hati pada Iwan. Akhirnya mereka ditunangkan & selepas itu berkahwin.... Bila rancangannya semakin tidak menjadi, Sudin bertemu Ida sendiri & meluahkan isi hatinya. Malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Ida tdk dpt menerima cinta Sudin kerana hatinya sendiri ada pd orang lain.... Sudin kecewa dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Sudin & Roy mula membina kehidupan baru di KL. Laila pula dah berkahwin dan mengikut suaminya berhijrah ke Sabah kerana mengajar. Jamal semakin rapat dengan Suraya utk menyakitkan hati Ida. Mula-mula Ida memang bertenang & sabar dengan Jamal. Tetapi akhirnya Ida semakin kecewa melihat Jamal & Suraya semakin intim, dia mengambil keputusan membawa diri ke Kuala Lumpur utk mencari ibu kandungnya. Dia sempat berjumpa Jamal utk memberitahu hajatnya. Jamal menyesal & menceritakan hal sebenarnya antara hubungan dia & Suraya sekadar main-main. Namun dah terlambat kerana hati Ida dah pun terluka. Malam itu Ida menghantar 'Kuih Lapis Terakhir' buat ibu Jamal (Norlia Ramli). Ibu Jamal menangis & meminta agar Ida tak ke Kuala Lumpur. Dia sgt mengharap Ida menjadi menantunya. Namun Ida tetap dengan keputusannya. Ida tiba di KL. Dia tak tahu kemana arah tujuannya kerana tdk mempunyai saudara-mara. Semasa berehat di taman, tiba-tiba seorang perempuan pengsan. Idalah yg telah menolong menghantarnya ke hospital. Namanya perempuan itu adalah Suliza. Suliza pengsan kerana tekanan darahnya rendah. Kebetulan darah Ida & Suliza adalah sama. Ida mendermakan darahnya buat Suliza. Utk membalas jasa Ida, Suliza meminta Ida menetap sahaja dirumahnya. Orang kampung semakin merindui Ida terutama Makcik Ani. Suraya juga sudah semakin sedar dan mula berubah. Dia sedar punca Ida ke KL adalah kerana dirinya. Sudin juga sudah berubah & menjadi buruh kasar di KL. Di KL, Ida & Sudin sudah menjadi kawan baik. Sudin membantu Ida mencari ibu kandungnya berbekalkan foto lama yang ada dalam simpanan Ida. Tetapi kebanyakan orang yang mereka temui berpendapat ibu Ida sudah meninggal dunia. Idah tetap menyimpan harapan ibunya masih lagi hidup. Suatu hari ibu Suliza (Wan Maimunah) dtg ke rumahnya bersama adik Suliza (Sharifah Shahira). sewaktu Suliza tiada dirumah. Kerana Ida merupakan orang kampung, dia dicaci & dihina oleh ibu & adik Suliza. Jamal pula semenjak ketiadaan Ida, dia asyik termenung. Atas desakan ibu dan adiknya, Jamal mengambil keputusan mencari Ida di KL atas bantuan Sudin.. Tetapi sebaik bersua dengan Jamal, Ida seolah-olah cuba melarikan diri. Jamal tetap memujuk Ida & menceritaka segala-galanya. Jamal telah membeli tiket bas utk Ida pulang semula ke kampung. Ida akhinya mengambil keputusan pulang ke kampung & Jamal menanti di stesen bas spt yg dijanjikan. Ida singgah di rumah ibu Suliza sebelum pulang ke kampung, tapi dia sekali lagi dipersalahkan dalam masalah rumah tangga Suliza. Dia terus-terusan di caci & dihina. Adik Suliza mencari gaduh & menarik beg Ida. Habis semua barang di dalam beg itu jatuh ke lantai. Kebetulan gambar ibu kandungnya ada didlm beg itu. Ibu Suliza terkejut menatap gambar itu. Lalu mendesak Ida menceritakan dimana dia mendapat gambar tersebut. Ida menyatakan gambar itu adalah gambar ibu kandungnya pemberian dari ayahnya. Barulah kini mereka sedar bahawa Ida sebenarnya adalah keluarga kandung mereka juga. Ibu Suliza terkejut & jatuh pengsan yg akhirnya lumpuh. Ida tak jadi balik kampung & mengambil keputusan utk menjaga ibu kandungnya. Akhirnya Ida menang jua dgn kesabaran & usahanya selama ini utk mencari ibunya. Ternyata Kak Umie telah berjaya membawa watak sebagai gadis kampung yg cekal & tabah menghadapi dugaan hidup seorang diri. Kak Umie sentiasa tenang walaupun pada hakikatnya terpaksa menghadapi masalah dan tekanan hidup. Terus-terang, semua peminat Kak Umie yang menghantar e-mail pada Nana amat berpuas hati dengan lakonan Kak Umie. Terbaru Kak Umie telah menerima tawaran berlakon dalam Filem "EMBUN" gandingan bersama Finas, Erma Fatima, Aziz M. Osman dan ramai lagi.... Nana sendiri tak sabar menantikan tayangan filem ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan buat Kak Umie agar dia dapat melakonkan watak Embun dengan baik & berkesan. Semoga setiap peminat Kak Umie akan memberi sokongan tidak mengira kecil @ besarnya watak yang Kak Umie lakonkan. |