Bermula dari Bintang RTM 2001, walaupun tidak berjaya menjadi Juara tetapi bakatnya tidak berhenti di sini saja. Komposer Adnan Abu Hassan telah menggilap bakat Misha untuk menjadi penyanyi dan penghibur yang berjaya. Kini peminat seni hiburan juga mengakui Misha memang berbakat besar. Lagu Bunga-bunga Cinta berjaya menaik kan nama Misha Omar sebaris dengan penyanyi popular yang sedia ada.

Senyuman mu membuat ku terpana

Mungkinkah ini permainan hati.

Tak ku percaya Bunga-bunga Cinta

di Halaman Cinta kita Kembali Ceria.

Ku harap Jangan Berakhir

Lilitan Asmara ini, Biarkan ia Seiring

kerana kau yang amat ku sayang

Semoga abadi....hingga ke akhir nanti....

Untukmu selamanya....

 

Bunga - bunga Cinta

Di kala ku kesepian,
Di hanyut ombak nan resah
Kau mengubat kerinduan

Di kala ku keresahan
Dihanyut malam yang kelam
Kau menerangi hidupku
Kini segalanya telah berubah
Cinta mu hanya memori indah
Ku tinggalkan kesepian...Pilu hatiku...

Kembali lah kepada ku, selami lah jiwa ini
Yang terluka...ikatan kita berdua
Sayangi lah diri ini....Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan dedaunan keguguran
Dahan nan kerapuhan
Bunga- bunga Cinta... layu di pusara...

Di kala ku kerinduan
Di hembus angin yang pilu
Ku tatapi wajah diri mu
Di kala ku keseorangan
Di hanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini...

Hanya satu ku pinta oh dari mu
Hargai lah cinta kita 
Gelora menikam jiwa ini
Melanda di hati, belaian cinta yang suci...

Lagu/ lirik : Adnan Abu Hassan
(BMG Music Publishing (M) Sdn. Bhd.
)

 

Halaman Cinta

Sekiranya ada rindu
Masih lagi diriku memerlukannya
Seperti malam merindukan bulan
dan seperti siang tanpa cahaya mu

Jika aku masih lagi di hatimu
Pasti kau ingin kembali
Memberi erti cinta dan membelai hatiku
Keangkuhan mu Menggigit sanubari ini

Usaikan lah keraguan ku ini
Bersihkan kembali madah
yang telah terucap padaku
Gapaikan lah tangan ku kembali
dan jangan kau biarkan...hati ini sendiri
Telah ku akui agungnya cinta mu ini
Telah ku sedari siapa diri ini...

Andai cinta ada lagi
Pastinya bukan milik hati ku ini
Untuk kembali menggapai bahagia
dan untuk bertakhta
Di halaman cinta suci bersemi

Lagu : Adnan Abu Hassan Lirik: Mohariz

 

Untukmu Selamanya

Seringnya kau menyatakan kepada ku
Oh tiada lagi beda cintamu untuk diri ku
Andainya kau tiada di samping ku
Berputik rindu cinta di akhirnya
Hanya dirimu yang selalu ku damba
Lukisan indah tergambar
Walau dirimu di ingatan
Kau satulah milik ku...
Untuk selamanya....

Pabila bulan bersinar
Membarikan cahaya biru
dan hanya diri terpaku
Menggapai sinaran mu
Hulurkan lah tangan mu kepada ku
Jangan biarkan diri ku sendiri
Merindu pada mu.....

Dakapkan lah asmara dan bisik lah
yang kau cinta pada ku...
Moga berkekalan hingga akhir waktu

Lagu: Adnan Abu Hassan Lirik: Mohariz

Jika anda ingin mendapatkan lirik lagu yang lain, dapatkan album Misha Omar yg. Original. Hapuskan cetak rompak. 


Home

Hosted by www.Geocities.ws

1