Exclusive Interview with Misha Omar

Sejak website ini dibuka, saya tidak pernah membuat temubual dengan Misha dan kesempatan berhari raya di kampung Misha (kota Bharu) pada 30hb November 2003, saya tidak lepaskan peluang untuk mengadakan satu temubual Eksklusif bersama Misha. Cara yang saya buat ini berlainan sedikit, saya menyediakan 10 soalan dan kemudian Misha sendiri menjawab/ menulis jawapan nya di atas kertas. Apa yang anda baca di sini adalah jawapan original Misha tanpa sebarang edit. Saya harap anda puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Misha, hanya ini yang mampu saya buat untuk peminat2 yang selama ini menyokong Misha Omar. Kerjasama dari Misha amatlah saya hargai dan lihat saja telatah Misha menjawab soalan... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

" ish.. susahnyer nak jawab soalan ni... byk plak tu... takde talian hayat ke.. jawapan objektif ke... mcm nak jawab SPM plak..."

Soalan 1
Bermula dari kejayaan Misha di AE03 (Artis Harapan Pilihan), seminggu kemudian lagu Bunga-bunga Cinta terpilih ke Final Juara Lagu 2003. Tidak sampai sebulan kemudian, Misha dinobatkan sebagai Juara di Shanghai Asia Music Festival 2003. Apa perasaan Misha sekarang dengan kejayaan yag Misha terima?

Jawapan Misha
Perasaan saya semestinya gembira dan bersyukur ke hadrat allah swt kerana dengan berkat doa serta kerja keras saya selama ini akhirnya saya dapat menikmati kejayaan ini sebelum tirai 2003 melabuhkan tirainya. Namun semuanya ini takkan menjadi kejayaan tanpa sokongan peminat2 yang cukup menghargai bakat yang ada pada saya.Terima kasih banyak2. Mudah- mudahan kita mampu menjalinkan hubungan baik yang berterusan... insyaAllah..

Soalan 2
Unofficial website Misha Omar di buka pada June 2003, Secara tidak langsung Unofficial Misha Omar Fan Club juga wujud. Adakah Misha sedar kewujudan 2 perkara ini i.e. Unofficial website & Unofficial Fan Club?

Jawapan Misha

(Saya amat menyedari kewujudan 2 perkara yang saudari maksudkan dan sebenarnya perkembangan angka/ pertambahan peminat2 saya dipengaruhi oleh 2 perkara tersebut. Pada saya, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan ucapan terima kasih. Terutama sekali kepada Kak Zai, yang bertanggungjawab menjadi tulang belakang dan ketua kepada peminat2 yang lain. Thanx, Kak Zai ! )

Soalan 3
Bila agaknya title "Unofficial" akan diiktiraf menjadi "Official"?
(soalan yang telah di tanya oleh ramai fans Misha)

Jawapan Misha
Kisah "Unofficial" ini dah lama Misha dengar walaupun telah dijelaskan oleh pengurus saya berulang kali. Pada saya tak kisahlah "official" ke "unofficial" ke, yang penting kita semua bersatu hati, betul tak? Saya nak komen lebih2 pun tak boleh, kerana bimbang dan ianya melibatkan banyak pihak. Harap u all puas hati dengan jawapan ni, okies?

Komen Kak Zai
Seperti yg Misha kata, memang Mimi (pegurus Misha) sendiri telah memberikan jawapan tentang perkara ini kepada pihak pengurusan fan club dan kami puas hati dgn jawapan Mimi. Terima kasih kepada Mimi dan Misha yg mengiktiraf dan mempercayai kami di unofficial fan club.

Soalan 4
Setiap kali show Misha, pasti ada sekumpulan peminat setia Misha (Famishatik) yang akan mengikut ke mana saja Misha membuat persembahan. Apa pandangan Misha terhadap perkara ini? Adakah mereka ini merimaskan misha? Pernahkah Misha terfikir 'takde muka lain ke' ?
(hehehe...mari kita baca, apa jawapan Misha)

Jawapan Misha
Alamak! berbisa pulak soalan ini. Rimas? Hmm... mcm mana nak jawab yek? Saya (MISHA OMAR) pun manusia biasa, jadi perasaan kita tak selalunya konstan. Kadang2 ada jugak rasa macam tu, terutama sekali bila saya mengalami masalh, keletihan, perasaan pun mula lah tak stabil. Ada jugak rasa rimas & tak selesa tu. Tapi, saya cepat2 sedarkan diri bahawa tanpa wakil daripada peminat2 saya d luar sana. Saya takkan berada di sini. So-far, tak pernahlah saya berkelakuan kurang sopan pada mereka dan mereka juga bijak membaca riak wajah saya. Kalau nampak mendung je, diorang pun takde la lama-lama nak jumpa saya. Thanx for being an understanding fans yek? Cayang awak semua !!!

Komen Kak Zai
hehehe cayang misha juga... tujuan kami mengikut ke mana saja Misha membuat show, adalah untuk memberi sokongan / semangat kepada Misha dan kami juga nak beri peluang kepada fans Misha yg lain utk. melihat bagaimana show Misha di tempat lain kerana kami tahu tidak semua fans boleh datang menonton show Misha. Seremban, Ipoh, Kota Bharu & Johor di antara bandar luar KL yg sempat kami pergi. Setakat ini mmg layanan misha 1st class.. dan ucapan terima kasih kami pada Mimi Omar yg. terlalu byk membantu selama ini.

Soalan 5
Pada pendapat Misha, perlukah ada batas/ had (gap) di antara artis dan peminat?

Jawapan Misha
Had / gap? Saya rasa had / gap perlu ada bukan sahaja di antara penyanyi dan peminat, malah sesama sendiri jugak, kan? Kadang2 ada jugak benda2 yg.tak mampu utk. kita kongsikan bersama dan kita perlu bijak / rasional, menghormati hak orang lain. Lebih kurang mcm tu lah, kan?

Soalan 6
Apa pesanan / harapan Misha pada peminat - peminat setia Misha di Unofficial fan Club?

Jawapan Misha

(Pesanan Misha kepada semua peminat2 setia saya di Unofficial fan club ni, mudah-mudahan sokongan anda terhadap karier seni saya akan berterusan. Harap anda semua akan terus bersatu hati, insyaAllah saya akan terus melakukan yang terbaik utk. anda semua.)

Soalan 7
Pandangan peribadi misha tentang orang - orang ini (3 words).

Jawapan Misha
a) Tun Dr. Mahathir - Bijak , Berkeyakinan, Berkebolehan
b) Anuar Zain - Peramah,comel (hehehe), vokal power.
c) Aishah - Bersahaja, Baik hati, berbakat.
d) Mimi Omar - Tegas, Baik hati & prihatin.
e) Kak Zai - Selalu tersenyum, prihatin & baik

Soalan 8
Jika Misha mendapat 'magic lamp' Aladdin, apakah 3 permintaan Misha?

Jawapan Misha
1) Keluarga yang bahagia
2) Kesihatan yang baik
3) Kejayaan yang berterusan (mcm tamak pulak, tapi oklah kot?)

Soalan 9
Ketika anda berjalan - jalan di shopping complex, tiba - tiba Misha diberi RM100. apa yang Misha beli dengan duit RM100 itu?

Jawapan Misha
Beli top up (RM100). Nanti boleh telefon kekasih2 saya kat kampung.

Misha : "camner nak jawab soalan ni ma.. susahla."
Mama : "apa soalan nya Ah?"
Misha : "kalau kami datang Kota Bharu, boleh tak mama masak lauk Ayam Masak Merah?"
Mama : .hmm..???

Soalan 10
Jika Misha berada di sebuah pulau, namakan 3 orang yang mesti berada di sisi Misha?

Jawapan Misha
Apasal 3 pulak, adik beradik saya ramai. hmm...
i) Ayah saya - Omar b. Ismail
ii) Ibu saya - Zainab Md Nor
iii) Adik beradik saya - mimi, fifi, nina, lin

Misha : "kalau suruh nina jawab, diorang tahu tak?"
Nina : "Apsal gambar kak Ah je.. gambar Nina takde ke?.."

"kami tak nak balik!!..tak kira lepas ni masuk je dlm kereta kita tido.. biar driver drive sensorang.."

Masih banyak lagi gambar2 candid Misha di Kota Bharu dan gambar2 di Plaza Angsana JB juga bakal disiarkan.. tungguu.!


Home

Hosted by www.Geocities.ws

1