ARTIS HARAPAN PILIHAN  ANUGERAH ERA 2003

 

 

Kepada semua peminat saya di luar sana, TERIMA KASIH kerana memberikan satu sinar baru untuk saya meneruskan kerjaya saya dan InsyaAllah saya akan memberikan sesuatu yg. terbaik.. terbaik.. terbaik.. terbaik.. TERIMA KASIH    ~ misha omar ~

 

Vokal practice di studio synchrosound

MISHA OMAR (Artis Harapan Pilihan)
“KEJAYAAN malam ini menjadi bukti kesungguhan Misha tidak sia-sia dan bakat Misha diterima peminat seni suara. Sebenarnya Misha tidak menyangka nama Misha yang disebut kerana Misha fikir kemenangan ini berpihak pada kawan baik Misha, Sarah tapi mungkin sudah rezeki.
“Misha masih lagi rasa terkejut dan tidak percaya akan kemenangan ini apatah lagi, sebelum ini Misha sedikit kecewa apabila orang sentiasa meletakkan Misha di belakang dan fikir Misha tidak berkemampuan.” (Petikan Harian Metro-13/10/2003)


Sementara itu, kemenangan penyanyi dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar dalam kategori Artis Harapan Pilihan bukan saja membuktikan bakatnya diiktiraf peminat malah menimbulkan kejutan kerana jangkaan ramai sebelum ini bahawa Sarah Raisuddin bakal merangkul trofi itu nyata meleset.
Misha yang popular menerusi lagu Bunga-bunga Cinta terkejut apabila namanya diumumkan pemenang. Perasaan gembira tidak dapat digambarkannya, air mata mengalir deras di pipi penyanyi itu sambil mengakui terharu atas sokongan peminat yang begitu setia mengundinya.
“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya terutama buat keluarga dan peminat. Anda begitu berharga dan saya gembira kerana peminat menerima kehadiran saya dalam industri seni tanah air.
“Dulu saya agak terkilan dengan segelintir penggiat seni yang memandang rendah kebolehan diri saya, mereka meletakkan saya di barisan belakang. Sebab itu saya berusaha keras memperbaiki kelemahan dan membuktikan saya juga boleh berjaya seperti artis lain.
“Setahun berkecimpung dalam bidang seni mengajar saya erti kehidupan, persaingan sengit adalah lumrah kehidupan artis. Kejayaan malam ini mengubat kekecewaan lalu dan menguatkan semangat untuk terus memberi yang terbaik.
“Dia yang kini sibuk dengan rakaman album kedua berkata, semua calon mempunyai potensi untuk menang malah menyangka Sarah yang menjadi penerima anugerah malam itu kerana namanya sentiasa disebut-sebut,” katanya. (Petikan Berita Harian - 13/10/2003)

Full dress rehearsal di Arena of Star, Genting Highland - 10/10/03

Hebat!!... Gabungan suara Misha dan VE... persembahan yg. mendapat pujian bukan saja dari penonton, malah artis-artis yg hadir Anugerah ERA 2003 di Genting Highland.


Home

Hosted by www.Geocities.ws

1