JENIS-JENIS VIRUS BIASA
| JENIS |
PENERANGAN |
GAMBAR |
| BOOT SECTOR |
Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada
bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut. |
 |
| PARTITION TABLE |
Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table"
cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai)
dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor
yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan
daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan. |
 |
| FILE VIRUS |
Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus
ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang
fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan
fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis
virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering
berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan). |
 |
| MULTIPARTITE VIRUS |
Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus
fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia
memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati
tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan. |
 |
| MACRO VIRUS |
Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995
di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan
aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh
menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan
arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat
juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain. |
 |
| TROJAN HORSE |
Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap
bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan
yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia
sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan
mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail. |
 |
| WORMS |
Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti
fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia
mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa
yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi
rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel. |
 |
VIRUS TERKENAL
| JENIS |
PENERANGAN MENGENAI VIRUS TERKENAL |
GAMBAR |
| MELISSA |
Adalah sejenis virus makro yang mengganas pada MAC 1999. Ia bercantum
dengan dokumen Word menerusi fail Normal.doc dan ia disebarkan dengan
dihantar sebagai emel. Apabila penerima membuka fail itu, ia akan
menghidupkan MELISSA.Setelah itu ia akan menghantar emel yang mengandunginya
kepada 50 orang yang terdapat dalam senarai emel penerima, dengan itu
apabila emel yang dihantar itu dibuka maka virus itu akan merebak
lagi kepada 50 orang lain. Secara tidak sengaja dan tanpa pengetahuan
pengguna ia akan memenuhi sistem emel dan MELISSA akan mengawal
kegiatan emel. |
 |
| EXPLORE ZIP |
Virus ini merupakan salah satu lagi virus yang merebak menerusi emel
dan mula bertindak liar pada pertengahan 1999. Ia berfungsi hempir sama
dengan Melissa iaitu menyerang emel dan menghantar salinan kepada setiap emel
yang berada di dalam Inbox, kemudian ia akan diterima oleh penerima
emel tersebut dan terus merebak daripada satu komputer kepada komputer
yang lain. |
 |
| BUBBLEBOY |
Virus ini merupakan sebuah "WORM" yang muncul pada tahun 1999. Ia
menyerang kelemahan keselamatan pada Microsoft Internet Explorer 5,
Outlook dan Outlook Express.Bubbleboy akan memasukkan sebuah skrip
virus kedalam komputer dan ia akan menyalin setiap alamat emel
dalam Inbox dan menghantar virus kepada mereka. |
 |
| CIH |
Virus ini merupakan salah satu virus paling merbahaya dan ia masih
merupakan yang paling ganas abad ini. CIH mula dikesan pada pertengahan
tahun 1998 dan mempunyai beberapa variasi. Ia menghalang pengguna untuk
mencapai cakera keras dengan memberitahu pengguna cakera keras rosak.
Ia juga boleh memadamkan BIOS pada komputer dan merosakkan papan induk
secara keseluruhannya. Ia tersebar menerusi web dengan menumpang pada
fail yang dijangkiti. |
 |
| ANTI CMOS |
Virus ini dikesan pada 1994 di Hong Kong. Ia menyerang bahan sektor boot
cakera keras yang mana ia akan dicapai pada ketika pengguna memulakan
komputer. Ia juga akan menjangkiti disket dan ia akan disebarkan kepada
komputer lain jika disket itu digunakan. Anti CMOS adalah antara virus
yang sering dilaporkan kehadirannya hingga kini. |
 |
� 2002, SHARIFAH NIDA MARIA SYED JAAFAR
Hakcipta Terpelihara