Berhati-hati dengan fail yang dihantar menerusi emel.Jangan
buka fail tersebut jika anda tidak tahu daripada siapakah emel itu dan kenapa
anda perlu membuka emel itu.Jika anda tidak pasti samada benar rakan anda menghantar
emel,tanyalah mereka terlebih dahulu sebelum menerimanya.
"Langkah 2"
Jangan memasuki ruangan borak di dalam web yang membenarkan anda
memindah terima fail(downloads).Pengodam(hackers) pasti akan menyamar di dalamnya
dan menghantar anda fail yang tidak berguna.
Kemaskini perisian antivirus anda.Pengeluar perisian antivirus akan
pantas mengeluarkan penawar untuk virus terkini menerusi web.Ia juga akan
mengeluarkan senarai virus terkini setiap minggu atau bulan untuk anda pindah terima
(downloads).
Kemaskini perisian anda.Pastikan anda mendapatkan perisian
terkini bagi perisian-perisian emel dan pelayar Web.Jika tidak
pasti komputer anda akan terdedah kepada bahaya virus.
Cuba dapatkan pengimbas virus dalam talian. Anda boleh dapatkan
perisian yang boleh mengimbas fail sebelum ia dipindah terima bagi
membolehkan komputer anda bebas daripada virus. Perisian seperti HouseCall
(http://housecall.antivirus.com/pc_housecall) daripada Trend Micro adalah
salah satu daripadanya.
Tingkatkan perlindungan. Anda hendaklah memberikan perisian
antivirus anda perlindungan yang mencukupi bagi menyelamatkan
komputer anda. Anda boleh menggunakan perisian perlindungan untuk
penggunaan internet seperti Norton Internet Security (http://www.symentec.com).
Selain daripada virus, ia juga berguna untuk menghalang pengodam memasuki
komputer anda.
Gunakan enskripsi. Selain daripada perisian yang dinyatakan tadi,
anda juga boleh menggunakan perisian enskripsi iaitu untuk
mengubah bentuk fail anda kepada sebuah fail yang susah hendak
dibaca atau dibuka. Anda boleh cuba menggunakan perisian Pretty Good
Privacy(PGP). Anda boleh memindah terima fail PGP Data Security
Suite atau PGP Freeware daripada http://www.pgp.com.
Gunakan kata laluan(password) dengan bijak. Cuba pelbagaikan
kata laluan anda dan tidak hanya menggunakan kata laluan yang
sama setiap masa. Anda juga harus menukar kata laluan anda sekerap
yang mungkin.
Simpan salinan dengan kerap. Jika virus berjaya menjangkiti
komputer anda, maka ia boleh merosakkan cakera keras anda. Dengan itu anda
hendaklah melakukan salinan(backup) kandungan fail-fail penting sekerap yang mungkin.