1. Sesiapa yang menghormati orang alim
kerana ilmunya maka sesungguhnya dia menginsafinya dan sesiapa
yang menghormati orang alim kerana ilmu dan akhlaknya maka
sesungguhnya dia telah memuliakannya
2. Jangan berkawan dengan si boros
kerana dia akan menghabiskan harta engkau dan jangan pula
berkawan rapat dengan si kedekut kerana dia akan menghilangkan
kehormatan engkau.
3. Jangan terlalu mempercayai kebaikan
seseorang sehingga engkau melihat pandangannya terhadap engkau
ketika susah
4. Keelokan diri akan membahagiakan
seseorang dan masyarakat sekitarnya manakala kecantikan wajah
akan membawa keburukan kepada tuannya dan masyarakat sekitarnya.
5. Dengan kesakitan maka engkau akan
ketahui nikmat sihat manakala sihat akan melupakan engkau kepada
kesakitan ketika sakit.
6. Berfikir si sihat lebih betul
berbanding berfikir si sakit melainkan jika si sakit lupa kepada
Tuhannya
7. Engkau akan kehilangan akal pada 4
tempat : Ketika syaitan menguasai hawa nafsumu, Ketika wanita
memberitahu tentang kelembutanmu, Ketika harta menguasai sifat
tamakmu, Ketika kenyang menguasai nafsu syahwatmu
8. Asal kejahatan di dunia kerana tiga
perkara iaitu Iblis, wanita dan harta manakala asas kebaikan di
dunia juga tiga perkara iaitu akal, wanita dan harta
9. Sesiapa yang menunaikan kwajipan
terhadap umat, ahli keluarga dan anaknya dalam memerangi
kemungkaran kemudian dia tidak berjaya maka sesungguhnya Allah
akan memaafkannya
10. Tidak terdapat dalam hati seorang
mukmin selain daripada kecintaan terhadap Allah dan rasulNya,
tiada baginya sesuatu cita-cita yang berharga selain betemu
keduanya, tiada amalan yang lebih lazat selain ingin keredhaan
keduanya dan tiada perhubungan yang lebih manis selain berhubung
dengan keduanya.
11. Kecantikan yang tiada kelebihan
bersamanya seumpama bunga tanpa baunya
12. Jangan terlalu berlebihan dalam
cinta dan benci kerana kadang-kadang bertukar kawan menjadi
lawan dan lawan menjadi kawan
13. Kesakitan merupakan sekolah untuk
tarbiah diri. Sekiranya si sakit bertambah baik dengan mengambil
faedah darinya nescaya ia menjadi suatu nikmat bukannya bala
|