1. Sesiapa yang menjauhi bunga
dunia maka dia mampu mengalahkan hawa nafsunya
2. Tidak akan tinggal bagi
seseorang itu teman yang akan membantunya dalam urusan amalan
akhirat sedangkan mereka adalah perosak terhadap hatinya
3. Istilah cintakan dunia itu
dapat dilihat apabila seseorang itu tidak menyuruh antara satu
sama lain dan tidak pula melarang antara satu sama lain
4. Sekadar mana engkau
bersedih tentang dunia maka sekadar itu jualah akan terkeluar
rasa pentingkan akhirat daripada hatimu. Sekadar mana kesedihan
engkau terhadap akhirat maka sekadar itu jugalah akan keluar
rasa pentingkan dunia daripada hatimu
5. Takutlah kamu terhadap
sihir yang akan membahayakan hati ualma' dan akan melalaikan
mereka daripada Allah iaitu dunia di ma ia merupakan suatu yang
paling kuat sihirnya dan paling buruk daripada sihir Harut dan
Marut. Ini adalah disebabkan sihir Harut dan Marut telah
memisahkan antara suami dan isteri sedangkan sihir dunia
menyebabkan terpisahnya hubungan antara hamba dan Tuhannya
6. Aku bersumpah kepadamu
sekiranya bagi munafik ditumbuhi ekor maka tidak akan terdapat
bagi orang mukmin itu tanah untuk dia hidup
7. Sesiapa yang menuntut ilmu
untuk beramal maka Allah akan menambahkan lagi kefahamannya dan
sesiapa yang menuntut ilmu bukan untuk diamalkan maka akan
ditambah dengan ilmu itu perasaan bongkak
8. Sekiranya manusia itu
diwajibkan membawa kitab yang tertulis segala percakapannya oleh
malaikat nescaya mereka akan kurangkan percakapan
9. Sesiapa yang menyuruh
manusia berbuat perkara di mana dia sendiri tidak mampu
melakukannya maka dia termasuk golongan munafik melainkan jika
seseorang menyoalnya tentang hukumnya
10. Pasar itu memperbanyakkan
harta tetapi merosakkan agama
11. Telah berwasiat Luqman
al-Hakim kepada anaknya : Wahai anakku! ambillah taat kepada
Allah sebagai perniagaan kerana ia akan memberi keuntungan yang
besar tanpa memerlukan barangan.
12. Bukan dikira seseorang
itu sebagai orang yang lemah lembut jika dia melepaskan
kemarahannya terhadap keldai atau kucing
13. Sesiapa yang mampu
mengalahkan syahwat hawa nafsunya terhadap dunia maka inilah
yang akan memisahkan syaitan daripada bayangannya
14. Sesiapa yang menjauhi
bunga kehidupan dunia maka dia akan berjaya menewaskan hawa
nafsunya. Sesiapa yang gembira dengan pujian maka ia adalah
batil di mana syaitan akan dapat masuk ke dalam hatinya.
15. Sesungguhnya badan itu
apabila sakit maka tidak dapat memberi keselesaan kepadanya
sebarang makanan, minuman dan kerehatan. Demikianlah juga dengan
hati apabila tersangkut kepada kecintaan terhadap dunia maka
tidak dapat memberi manfaat segala peringatan.
16. Demi Allah! Sekiranya
kamu dapati bagi orang yang berbuat maksiat itu bau nescaya
tiada seorang pun daripadamu dapat duduk dekatku kepada
tersangat busuk bauku
|