1. Percakapan dengan mengingati Allah
adalah suatu yang baik, Berfikir tentang nikmat Allah merupakan
sebaik-baik ibadat.
2. Aku lebih menyukai kesakitan ketika
sakaratul maut (mabuk kematian) kerana ia merupakan pengakhiran
kepada perkara untuk mengkifarah(menghapuskan dosa) daripada
seseorang muslim.
3. Wahai Tuhanku berilah kebaikan
kepada sesiapa yang mana kebaikannya itu memberi kebaikan kepada
umat nabi Muhammad s.a.w. Wahai Tuhanku hancurkanlah
sesiapa yang mana kehancurannya itu membawa kebaikan untuk umat
nabi Muhammad s.a.w.
4. Jangan engkau bersahabat dengan
sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu
menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau
hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan
persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai
ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam
perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta
memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap
engkau.
5. Sebaik-baik niat (qasad) ialah
ketika ia ada untuk ditunaikan, sebaik-baik kemaafan ialah
ketika berkuasa melakukannya.
6. Sesungguhnya engkau jika sentiasa
merasai peringatan hari mati pada waktu malam dan siang maka
engkau akan benci kepada setiap sesuatu yang fana (musnah) dan
engkau akan mengasihi sesuatu yang kekal dan selamat.
7. Buatlah kebaikan untuk hari
akhiratmu maka ia akan memberi kebaikan kepadamu bagi duniamu.
Buatlah kebaikan untuk perkara yang tersembunyi maka ia akan
memberi kebaikan kepadamu dalam perkara yang nyata. Demi Allah!
sesungguhnya seseorang hamba itu tiada antaranya dengan nabi
Adam seorang ayah yang hidup melainkan hanyut dalam kematian.
8. Aku berpesan dengan ketaqwaan kepada
Allah di mana Dia tidak menerima selain taqwa, Dia tidak kasih
melainkan kepada ahli taqwa, Dia tidak memberi ganjaran pahala
melainkan atas taqwa. Sesungguhnya mereka yang berpesan dengan
taqwa begitu ramai sedangkan mereka yang beramal dengan taqwa
begitu sedikit.
9. Ambillah pandangan yang dibenarkan
oleh golongan sebelum kamu, Jangan kamu ambil daripada apa yang
menyalahi mereka. Sesungguhnya mereka adalah lebih baik
daripadamu dan lebih alim.
10. Engkau mesti mempunyai sesuatu yang
kekal di sisi Allah kerana setiap sesuatu yang kekal di sisi
Allah maka ia akan kekal di sisi manusia. Sesuatu yang tidak
kekal di sisi Allah maka ia juga tidak akan kekal di sisi
manusia.
11. Sesungguhnya ibadat yang paling
baik ialah menunaikan perkara fardhu dan menjauhi segala yang
haram.
12. Sesungguhnya Allah tidak akan
menurunkan azab kepada umum dengan sebab dosa khusus. Tetapi
apabila dilakukan kemungkaran secara nyata maka mereka layak
diazabkan secara keseluruhannya.
|