|
Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa
dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan
kecuali dengan mengadap kepada Allah
1. Dalam hati itu terdapat sifat liar
yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak
dengan Allah
2. Dalam hati itu terdapat rasa
dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa
gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam
bermuamalah dengannya
3. Dalam hati itu terdapat perasaan
keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan
berkumpul dan menumpukan diri kepadanya
4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan
dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan
redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan
sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan
denganNya
5. Dalam hati itu terdapat rasa
kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan
kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan
kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan
segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka
ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.
|