|
1. Abu Qasim al-Qusyairi berkata :
Ikhlas merupakan suatu yang menjadikan Allah Yang Maha Benar
adalah satu-satunya matlamat utama ketika berniat dalam
melakukan ketaatan. Ikhlas juga merupakan kemahuannya dalam
melakukan ketaatan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah
tanpa sesuatu yang lain daripada berbuat kerana makhluk,
melakukan pekerjaan bagi mendapat pujian manusia, suka kepada
pujian makhluk atau makna daripada setiap makna selain daripada
menghampirkan diri kepada Allah.
2. Ikhlas merupakan pembersihan amalan
daripada segala kritikan atau teguran makhluk - Risalah
Qusyairiah
3.Daripada Huzaifah al-Mar'asyi berkata
: Ikhlas ialah kestabilan atau merasakan persaman segala
perbuatan seseorang hamba pada zahir dan batin- Risalah
Qusyairiah
4. Daripada Zi al-Nun : Tiga daripada
tanda Ikhlas ialah : Merasakan persamaan antara pujian dan
celaan daripada masyarakat umum, lupa melihat segala amalan
daripada setiap amalan yang dilakukan dan lupa kepada ganjaran
pahala terhadap segala amalan itu yang bakal diterima di akhirat
nanti - Risalah Qusyairiah
5. Daripada Fudhail bin 'Iyadh berkata
: Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riya' dan
beramal kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas itu ialah
apabila Allah menyembuhkan engkau daripada kedua penyakit itu -
Risalah Qusyairiah
|