WASIAT SEBELUM KEMATIAN

 
 

 
 

1. Khubab bin al-Arat ketika hampir mati berkata : Sekiranya Rasulullah s.a.w tidak melarang kami daripada berdoa agar dimatikan nescaya aku akan berdoa dengannya. Sesungguhnya umat sebelum kita telah berlalu tanpa dapat makan sesuatu pun daripada upah mereka. Sesungguhnya kita telah diberikan dunia sehingga seseorang tidak tahu bagaimana dia mahu menggunakannya melainkan dibelanjakan pada tanah. Sesungguhnya seorang muslim itu akan dianugerahkan pahala pada setiap apa yang dibelanjakannya melainkan apa yang dibelanjakan pada tanah

2. Wasiat Nafi' al-Habashi sebelum mati di mana beliau bersaksikan bahawa Allah itu adalah Tuhannya, Muhammad s.a.w adalah nabinya, Islam adalah agamanya, Ka'abah adalah qiblatnya, beliau mengharapkan daripada Allah apa yang diharapkannya oleh mereka yang mengenali keEsaan Allah, mereka yang mengakui dan beriqrar dengan Ketuhanan Allah, mereka yang yakin dengan janjiNya dan amaranNya, mereka yang takut terhadap azabNya,mereka yang gerun terhadap seksaannya, mereka yang mengharapkan rahmatNya. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang kepada hambaNya.

3. Orang bertanya Abu Hurairah tentang perkara yang menyebabkan beliau menangis ketika hampir mati lalu katanya : Begitu sedikit bekalan akhirat, jauh daripada kejayaan serta terlalu dekat kepada tempat jatuhnya samada syurga atau neraka

4. Syaddad bin Aus ketika hampir mati berkata :Habislah arab! habislah arab! Perkara yang paling aku gerun akan berlaku ke atas umat ini ialah perasaan ria' dan syahwat yang tersembunyi.

5. Abu Malik al-Asy'ari ketika hampir mati berkata : Sampaikanlah bagi kamu yang hadir kepada mereka yang tiada di sini tentang suatu hadis yang pernah aku dengar daripada Rasulullah s.a.w di mana sabdanya yang bermaksud : Kemanisan dunia adalah racun akhirat dan racun dunia merupakan kemanisan akhirat. (hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

6. Abu Sahli Kathir ketika hampir mati berkata : Juallah duniamu untuk hari akhiratmu maka kamu akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat dan janganlah kamu  jual hari akhiratmu dengan duniamu kerana ia akan merugikanmu di dunia dan akhirat.

7. Hamid bin Abdul Rahman al-Himairi menulis dalam wasiatnya : Beliau mewasiatkan bahawa beliau bersaksikan tiada tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, nabi Muhammad adalah hambaNya dan pesuruhNya, qiamat itu akan tiba tanpa keraguan padanya, Allah akan membangkitkan para ahli kubur, beliau turut mewasiatkan keluarga selepasnya supaya takut kepada Allah dan melakukan kebaikan sesama mereka dan janganlah mereka mati melainkan mereka beragama Islam.

8. Abu Sufian bin Al-Harith sebelum mati berkata : Janganlah kamu menangisi kematianku kerana aku tidak membersihkan sebarang kesalahan semenjak aku memeluk Islam

9. Ibrahim Nakhai'e ketika ditanya tentang sebab beliau menangis sebelum kematiannya lalu beliau berkata : Mengapakah aku tidak menangis sedangkan aku sedang menunggu-nunggu utusan Tuhanku kerana aku tidak tahu samada utusan tadi akan memberitahuku tentang tempatku di akhirat nanti samada di syurga atau neraka.

kemuka depan

Hosted by www.Geocities.ws

1