WAHYU 4
Al-Quran
Dan sesungguhnya
Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya
satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat,
bagi orang-orang yang (mahu) beriman. (Al-'Araaf : 52)
Tiada Kami tertinggal sesuatu pun di dalam kitab
Al-Quran ini (semuanya dijelaskan hukumnya) (Al-An'am : 38)
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan
isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya)
bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan
dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-Nisa'
:82)
Dan baca
serta turutlah apa yang diwahyukan
kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali
akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. (Al-Kahfi :
27)
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam
Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu,
kebanyakan manusia tidak mahu menerima
selain dari kekufuran.
Cabaran Membuat Al-Quran
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Sesungguhnya jika
sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat
dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka
tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding
dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Al-Isra' :
88)
Dan kalau
kamu ada menaruh syak tentang
apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami
(Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah
satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan
panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh
menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu
orang-orang yang benar. Maka kalau kamu
tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu
tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu
(berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. (Al-Baqarah : 23-24)
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka
menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad)
yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah
(wahai Muhammad): "(Jika
demikian tuduhan kamu), maka cubalah
buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan
panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang
yang benar". Oleh itu, jika mereka
(penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan
permintaan kamu (untuk membuat surah-surah
yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah
bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada
tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui
Islam dan menurut aturannya? (Hud : 13-14)
(Orang-orang
kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan
mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah
siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya,
yang lain dari Allah (untuk
membantu kamu), jika betul kamu
orang-orang yang benar!". (Yunus : 38)
Dan orang-orang
yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah
dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk
sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu
bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!" (Fussilat : 26)
(Bukan
sahaja mereka ingkar dan degil)
bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
(Kalau tidak)
maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti
Al-Quran itu, jika betul mereka
orang-orang yang benar dakwaannya. (AtThuur : 33-34)