WAHYU 2
UJIAN ALLAH
Dan apabila
seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa
Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia
sedang berbaring atau duduk ataupun
berdiri; dan manakala Kami hapuskan
kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara
lamanya seolah-olah dia tidak pernah
merayu kepada Kami memohon hapuskan
sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya
bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. (Yunus : 12)
Dan demi
sesungguhnya! kalau
Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan,
tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah
dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia
(dengan kesenangannya itu) riang gembira,
lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
(Hud :
10)
Dan apabila
manusia disentuh oleh sesuatu bahaya,
mereka segera berdoa kepada Tuhan
mereka dengan keadaan rujuk kembali
bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan Tuhannya; (Ar-Ruum : 33)
Dan apabila
Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka
ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah
dilakukan oleh tangan mereka sendiri,
tiba-tiba mereka berputus asa. (Ar-Ruum :
36)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada
kamu (ujian dan cubaan) seperti
yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit,
serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya
musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar
dan berpegang teguh kepada ugama
Allah). (Al-Baqarah : 214)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam
menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan)
sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah : 153)
Demi sesungguhnya!
Kami akan
menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan
(dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu
kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan
Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur
ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah
negeri yang aman damai dan tenteram,
yang didatangi rezekinya
yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat
Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Nahl :
122)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
yang demikian), nyata apa yang diketahui
Allah tentang orang-orang
yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut : 2-3)
Dan ada
di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan
pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau
ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau
pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah
ia akan
dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (Al-Hajj : 11)
Iaitu orang-orang
yang apabila disebut nama Allah, gerun
gementarlah hati mereka, dan orang-orang
yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang
yang mendirikan sembahyang,
serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
(Al-Hajj : 35)
Demi sesungguhnya,
kamu akan
diuji pada harta benda dan
diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan
mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang
yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada
itu, jika kamu bersabar dan
bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki
diambil berat (melakukannya). (Ali Imran : 186)
Wahai orang-orang
yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak
kamu yang menjadi musuh bagi kamu;
oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah
kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan
(mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat
demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Taghaabun :14)
Sesungguhnya harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi
ujian, dan di sisi Allah jualah
pahala yang besar. (Al-Taghaabun :15)
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat
resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah
gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan,
ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum - Bagi orang miskin yang meminta dan orang
miskin yang menahan diri (daripada meminta); Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya
(Al-Maarij : 19-27)
Dan apa-apa
nikmat yang ada pada kamu maka
adalah ia
dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa
kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan. Kemudian, apabila Ia
menghapuskan kesusahan itu daripada kamu,
tiba-tiba sepuak di antara kamu
mempersekutukan (sesuatu
yang lain) dengan Tuhan mereka. (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur,
tidak bersyukur akan nikmat-nikmat
yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah
kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian
kamu akan
mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu). (An-Nahl :
53-55)
Dan apabila
Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah ia
serta menjauhkan diri (dari bersyukur);
dan apabila ia merasai kesusahan,
jadilah ia berputus asa. (Al-Isra' :
83)