WAHYU 1
1. Taat Kepada Allah, Rasul Dan Pemimpin
Wahai Orang-orang
yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan
pemimpin di kalangan kamu. Jika kamu berselisih
pendapat tentang sesuatu perkara (sesama pemimpin atau rakyat), tempat
rujuknya (kata putus) adalah kepada
Allah SWT (al-Quran) dan Rasul (Sunnah) jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan Hari Qiamat.
Yang demikian itu
adalah lebih baik bagi kamu
dan bagus pula kesudahannya.
2. Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran
"Hendaklah ada di
kalangan kamu umat yang menyeru ke arah kebaikan,
menyuruh membuat perkara yang baik dan mencegah kemungkaran.
Mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan. (Ali Imran :
104)
3. Ditimpa Kehinaan Dan Kemiskinan
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja
mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari
Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan
mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan
mereka derhaka dan mereka sentiasa
mencerobohi (hukum-hukum
Allah). (Ali Imran :112)
4. Taati Allah Dan Rasul, Jangan Berbantah-Bantah
Dan taatlah kamu kepada
Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu
berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu
menjadi lemah semangat dan hilang
kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi
segala kesukaran dengan cekal hati);
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfaal : 46)
5. Kewajiban Memperdalami Ilmu Agama
Dan tidaklah
(betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap
puak di antara
mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka
dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga
(dari melakukan larangan Allah). ( At-Taubah :122)
6. Hiburan Yang Menyesatkan
Dan ada
di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai)
dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang
yang menjadikan agama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab
yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya,
seboleh-boleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan
azab yang tidak terperi sakitnya. (Luqman :
6 - 7)
7. Kaum Yang Degil
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan
dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong
takbur dengan melampau. (Nuh : 7)
8. Isi Neraka Di
Kalangan Jin Dan Manusia
Dan sesungguhnya
Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari kalangan jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak
mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu
mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-'Araf
: 179)
9. Renunglah Kejadian Haiwan Dan Alam
(Mengapa
mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana
ia diciptakan?Dan
keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan? (Al-Ghaasiyyah)
10. Tanggungjawab Muslim
Dan hendaklah ada di
antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
) (Ali Imran : 104)