Sekali Aku Melangkah
aku
tidak akan menoleh kebelakang juga
aku tidak akan melirik kekiri mahu pun kekananku
biarlah mataklu melihat kedepan
sekalipun pandangannya usang
sekalipun terbatas ruangnya
seorang perindu harus menjaga erti kesetiaan
dalam kesetian ada lingkungannya
biar sempit pada pandangan
biar kecil pada ukuran
asal tidak tergadai usia pengorbanan
semalam adalah himpunan dosa
siangnya bertemankan noda
malamnya berkongsi cinta buta
tiada ruang detik untuk mengingati Tuhannya
lelaki yang bertenaga
lupa tentang rebah dihujung waktunya
lupa tentang sengatan sakitnya
berapa lama aku harus menjadi seorang penderhaka
kerana hidup sekadar berpoya poya dengan cinta
nikmatnya sesuap rasa
sedapnya sekadar dilidah
hari ini..
aku ingin mengatur langkah
mencari dimana kearah Kaabah
sudah tiba masanya
aku menjadi lelaki setia
menghitung waktu yang semakin pudar warnanya
biarlah aku pulang dengan semangkung pahala
daripada kembali tanpa nama dan wajah
Tuhan.. bantulah perjalanan ini
Sekali Aku Melangkah
-Mibarzo-
kemuka
depan