MUTIARA HIKMAH 4
1) Dunia Adalah Lautan
Dalam
"Bahawasanya dunia ini lautan yang dalam dan ramai
manusia yang telah karam. Oleh sebab
itu jadilah kapalmu di
dunia ini taqwa kepada Allah, muatannya adalah iman dan layarnya
adalah tawakkal kepada Allah, nescaya kamu akan selamat"
2) Pendusta Adalah Pencuri
"Pendusta
itu adalah pencuri, kerana pencuri itu mencuri
hartamu dan pendusta itu mencuri
aqalmu"
3) Semakin Banyak Semakin Mahal
"Tiap-tiap
sesuatu apabila banyak menjadi murah, kecuali aqal, kerana semakin
banyak semakin mahal"
4) Perumpamaan Lidah
"Lidah
itu pedang pemutus yang tidak boleh diukur ketajamannya
dan perkataan itu anak panah
yang terlepas yang tidak boleh dikembalikan lagi"
5) Sahabat Yang Baik
"Sahabat
yang baik itu lebih baik daripadamu
kerana nafsumu sangat cenderung kepada kejahatan, sedangkan sahabat yang baik itu, tidak
ia menyuruh melainkan kebaikan"
7) Malulah Kepada Diri Sendiri
"Barangsiapa
malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada
diri sendiri bererti tiada harga
dirinya pada pandangannya"
8) Malu Lebih Baik
Daripada Takut
"Sifat
malu yang ada pada anak kecil
itu lebih baik daripada takut,
kerana malu itu menunjukkan kepada aqal dan
takut itu menunjukkan kepada kebaculan"
9) Bandingan Orang Berakal Dan Bodoh
"Orang
yang berakal itu bergantung (bersandar) kepada ilmunya sementara orang yang bodoh itu bergantung
kepada harapannya"
10) Bandingan Benar
"Benar
itu tiang agama, sendi adab dan
pokok kesopanan, maka tidak sempurna
yang tiga perkara ini melainkan dengan
benar itu"
11) Jagalah Lidah
"Sesungguhnya
lidah binatang itu buas, jika
engkau ikat dia nescaya ia akan
menjagamu, dan jika dilepaskan ia akan menerkammu.
Oleh sebab itu hendaklah kamu
berkata dengan lidah sekadarnya dan hendaklah engkau
berhati-hati daripadanya"
11) Ikatlah Lidah
"Ikatlah
lidahmu melainkan terhadap ;
a) kebenaran yang akan engkau nyatakan
b) kebatilan
yang akan engkau hilangkan
c) hikmah
yang akan engkau siarkan
d) nikmat
yang akan engkau sebut-sebutkan