MUTIARA HIKMAH 3
1. Jaga Lidahmu
"Hati itu adalah
tempat rahsia dan bibir itu
kuncinya sementara lidah adalah anak
kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga
anak kunci rahsianya".
2. Kebaikan Ilmu
"Tidak
ada simpanan yang lebih berguna daripada
ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan
yang lebih bagus daripada akal dan
tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada
maut".
3. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal
itu menteri yang menasihat dan harta
itu seorang tamu yang akan berangkat"
4. Bandingan Perkataan
"Perkataan
itu seperti ubat; jika engkau
gunakan sedikit daripadanya akan
memberi faedah, tetapi jika digunakan
terlalu banyak akan membahayakan"
5. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila
engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang
membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"
6. Dunia
"Dunia
itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya
diazab"
7. Bala Terhebat
"Manusia
yang mendapat sehebat-hebat
bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati
yang tertutup iaitu dia tidak dapat
diam dan tidak pandai memperelaokkan
kata-katanya"
8. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah
sesama manusia dengan satu pergaulan
yang jika kamu tiada, mereka akan
rindu kepada kamu dan jika
kamu mati mereka akan menangisimu"
9. Nasib Si Pemarah
Dan Putus Asa
"Tidak
akan engkau
dapati orang yang pemarah itu senang,
tidak yang berakal itu tamak, tidak
yang pemurah itu dengk dan tidak
yang berputus asa itu kaya"
10. Sabar
"Kesabarn itu ada
dua iaitu sabar menahan sesuatu
yang engkau benci dan sabar melepaskan
sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas
nafsu"