MUTIARA HIKMAH 2
1. Kebaikan Dua Orang
Tiada kebaikan di dunia ini
melainkan kepada dua orang; seorang
yang mengerjakan beberapa dosa lantas diiringi
dengan taubat, dan seorang yang segera mengerjakan kebaikan.
2. Tiga Perkara Merbahaya
Tidak ada yang lebih membahayakan manusia melainkan 3 perkara ;
1) Memikul
sesuatu yang ia tidak berupaya kerana percaya kepada kekuatannya
2) Tidak berusaha kerana bersandar kepada Qadha dan Qadar
3) Tidak berjaga-jaga dalam makanan kerana bersandar kepada kesihatan yang baik
3. Akal Tumbuh Seperti
Tanaman
Akal tumbuh seperti
tumbuhnya tanam-tanaman dan bajanya adalah dengan ilmu
dan pengalaman
4. Kesudahan Kebenaran & Kebatilan
Sesungguhnya kebenaran
itu berat (sukar) tetapi baik
kesudahannya. Sesungguhnya kebatilan itu ringan
dan buruk kesudahannya
5. Jangan Lupa Tanggungjawab
Kepada Allah
Janganlah engkau terlalu
sibuk menghabiskan masa untuk urusan
keluarga dan anakmu (sehingga lalai terhadap tanggungjawab kepada Allah dsb), kerana jika
mereka itu adalah kekasih Allah, maka sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensia-siakan
kekasihNya, tetapi jika mereka itu
musuh Allah, maka apakah gunanya kesibukan dan segala
usahamu terhadap musuh-musuh Allah ?
6. Tiada Kebaikan Pada Hati....
Sebagaimana tiada
kebaikan pada bejana (bekas) yang tidak dapat menyimpan
(melindungi) sesuatu di dalamnya, begitulah
juga tidak ada kebaikan pada
hati yang tidak dapat menyimpan (menyembunyikan) rahsia.
7. Menyembah @ disembah harta
Orang yang pemurah itu disembah harta
sementara orang yang kikir itu menyembah
harta
8. Tiap-Tiap Perkataan....
Tiap-tiap perkataan yang tidak ada padanya
peringatan kepada Allah itu adalah tidak
berfaedah, tiap-tiap diam yang tidak diikuti dengan berfikir itu adalah
kelalaian dan setiap pandangan yang tidak dapat memberi
pengajaran itu adalah sia-sia
9. Sejahat Manusia
Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak pedulikan manusia melihat dia berbuat kejahatan
10. Malulah kepada....
Malulah dari mencela
orang yang kalau dia hadir, nescaya
engakau berlebih-lebihan memujinya dan malulah
dari memuji orang yang kalau dia tidak hadir,
nescaya engkau cepat-cepat mencelanya.
11. Jangan Bersekutu Dengan Iblis....
Janganlah engkau
jadi daripada golongan yang melaknat Iblis di tempat
ramai dan menjadi temannya di tempat sunyi.
12. Hati Adalah Ladang
Sesungguhnya sesetengah perkataan itu ada
yang lebih keras dari batu, lebih
tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada
jadam dan lebih panas daripada
bara. Sesungguhnya
hati adalah ladang, maka tanamlah
ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak
tumbuh semuanya
(perkataan yang tidak baik), nescaya tumbuh sebahagiannya.
13. Bandingan Perkataan Yang Lembut & Kasar
Perkataan yang lemah
lembut itu melembutkan hati-hati yang lebih keras daripada
batu-batu gunung dan perkataan yang kasar itu dapat
mengkasarkan hati yang lebih halus daripada
sutera.
14. Bandingan Keadilan
Keadilan itu benteng
yang tidak boleh dikarami (dipecahkan) oleh air, tidak dapat dihangusi oleh api
dan tidak dapat dihancurkan oleh meriam.
15. Kelebihan Orang Berakal
Orang berakal itu mempunyai dua
kelebihan; akal yang ia dapat
mengambil faedah (dengannya) dan perkataan yang ia dapat memberi faedah
(dengannya)