MUTIARA HIKMAH 1
1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya
Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua
2) Kesejahteraan (kedamaian)
tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit
4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati
2) 4 Perkara Yang Lebih Baik
1) Malu drp lelaki adalah baik tetapi
drp perempuan lebih baik
2) Adil bagi setiap orang adalah
baik tetapi drp pemerintah lebih baik
3) Taubat drp pemuda adalah baik
tetapi drp orang tua lebih
baik
4) Dermawan drp orang kaya adalah
baik tetapi drp orang miskin
lebih baik
3) Kalau Tidak Kerana...
1) Kalau
tidak kerana orang saleh, akan
hancurlah semua orang jahat
2) Kalau
tidak kerana ulama' nescaya
akan jadilah semua manusia itu
seperti binatang
3) Kalau
tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran
4) Orang Yang Paling Kuat
"Orang
yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"
5) Akibat Selalu Kenyang...
"Sesiapa
yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah
dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya
dan sesiapa yang keras hatinya maka
tenggelamlah dia dalam bencana dunia
serta keindahannya"
6) Buah Akal, Iman
Dan Fizikal
"Buah
akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah
ilmu pengetahuan dan buah fizikal
ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan
buah dalam kehidupan"
7) Rugi Meninggi Diri
"Gunung
yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi
tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil
hati orang tanpa bersusah payah.
8) Pahala Percuma
"Apakah
kamu rasa kecil dan malu
dihina ?
Apakah kamu tidak tahu orang
yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah
payah"
9) Bermusuh Dengan Sibijak
"Bemusuhan
dengan seorang yang bijak lebih merbahya
daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab
10) Semulia Manusia
"Semulia-mulia
manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan
tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan
11) Kepuasan
"Anda
tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang,
tetapi anda boleh memberi kepuasan
kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa
12) Akhlak Yang Buruk
"Adab dan akhlak
yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih
13) Keadilan
"Keadilan
itu syurga bagi orang dizalimi
dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab
14) Keadilan Raja
"Keadilan pada diri
seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati,
mutiara itu tetap bercahaya"