|
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT |
Abu
Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang
kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah
kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang
mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia
bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca
akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu
cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga
pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang
yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di
tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal
kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana
anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."