Langkah
Syaitan Menelanjangi Wanita
Syaitan
dalam menggoda manusia memiliki pelbagai strategi, dan yang sering dipakai
adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan
mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui
kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang
telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun
termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar
pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i,
pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika
seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus
menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i
(identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya (fesyen).
Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan
beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan
kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian
hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai
jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita
akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata
para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik,"
Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka
perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian
atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar
sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak
akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya
dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf
"V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi
dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak
"cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si
wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi
idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang
tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya
masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak
lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut
akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat
dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai
wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang
lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya
"cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya
di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu,
dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau
mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan
duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah,
yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih
tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat
berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada
tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa,
lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak
longgar. "Oh... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian,
maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil
agar lebih serasi dan sepadan, ala... orang tetap menamakannya dengan
jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen
pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk
berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat
juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata
kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada
reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang
leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini
banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya
terlihat kira-kira sepuluh cm saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu
cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya,
sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka
terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia
pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil
membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak
menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa
nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau
zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki,
tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah
mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya."
Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
"Fitnah? Ah... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau
wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah
dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum
lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan
mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah,
kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di
pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan
fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi
kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang
mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari
tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa
biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini,
dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan
indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya
pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada
sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan
mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia
miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah
dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh
manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi
di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja
yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan
pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu,
maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan
lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian
sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan
itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil
risiko.