Artikel
dari ~ puteri ixora
Tiada suatu jambatan yg paling pjg dalam dunia kini yg terpaksa dilalui dalam
masa setahun, apalagi 15,000 tahun atau 28,000 tahun, dan tiadalah pula suatu
jambatan dalam dunia kini yg dapat dilalui dalam sekelip
mata saja.
Tempoh
meniti Siraat atau panjang Siraat yg akan dilalui seseorang adalah bergantung
kpd keimanan atau kekufuran amalan seseorang.
Terdapat 4 sumber atau tempoh masa yg dilalui manusia iaitu:
1. Menurut Al-'Allaamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab "Bahjah An-Nufuus
(Syarh Al-Bukhaari: 2:27). Ada sumber bahawa Siraat itu mempunyai 7 sekatan
pemeriksaan di mana setiap sekatan memakan masa 3000 tahun perjalanan, dan
seandainya tertahan pada satu sekatan, maka terpaksalah menunggu 1000 tahun. Ini
bererti semuanya memakan masa 28,000 tahun (jika tersekat semuanya)
2. Menurut berita menerusi Fudhail b. 'Iyaadh ialah selama 15,000 tahun (belum
termasuk 7,000 tahun disekatan) iaitu:
ii)Mendaki
selama 5,000 tahun
ii)Menurun
selama 5,000 tahun
iii)Mendatar
selama 5,000 tahun
"Fudhail b. Iyaadh berkata: Sampai berita kpd kami bahawa panjang
Siraat itu ialah kadar perjalanan 15,000 tahun iaitu 5,000 tahun
perjalanaan mendaki, 5,000 tahun perjalanan menurun dan 5,000 tahun perjalanan
mendatar, sedangkan dia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata
pedang."
(HR Ibnu 'Asaakir, Rujuk Kitab Aqiidah An-Naajiin)
3. Menurut berita menerusi Mujaahid dan Dhahhaak ialah selama 3,000 tahun (belum
termasuk 7,000 tahun disekatan) iaitu:
i)Mendaki selama 1,000 tahun
ii)Mendatar
selama 1,000 tahun
iii)Menurun selama 1,000
tahun
(Rujuk Bahrul Maadzi)
4. Seterusnya menurut suatu sumber lain ialah selama 21,000 tahun dimana tempoh
mendaki,mendatar dan menurun masing-masing 1,000 tahun.(belum termasuk 7,000
tahun disekatan)
"Diatas Siraat itu terdapat 7 kaunter, manakala setiap kaunter memakan
perjalanan 3,000 tahun, dimana ditambah lagi 1,000 tahun mendaki,1,000 tahun
mendatar, dan 1,000 tahun menurun, dia lebih halus drpd rambut dan lebih tajam
drpd mata pedang dan keadaannya lebih gelap drpd kegelapan malam."
(Al-Hadith)
Berdasarkan sumber-sumber diatas, nyatalah bahawa terdapat perbezaan besar ttg
tempoh melalui Siraat. Ini bergantung kpd keimanan dan kekufuran amalan
masing-masing Setelah dibuat perbandingan, perjalanan yg paling lama melintasi
Siraatitu adalah:
Paling lama (mungkin merangkak/mengesut)
28,000 tahun ( kes 1&2)
25,000 tahun (menurut suatu riwayat)
22,000 tahun (kes 2)
10,000 tahun (kes 3)
Manakala yg paling cepat ialah sekelip mata.
(Petikan dari Bagaimana Meniti Siraat Al-Mustaqim - Abdullah Al-Qari
Salleh)