Huraian
Setiap manusia tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan dan
kesalahan, tetapi bagi orang mukmin sebenarnya tidak akan mengulangi sesuatu
kesalahan itu berulang kali. Kalau ia terlupa atau tersilap dan terlanjur ia
tidak akan mengulangi buat kali kedua dan ia terus menyesal dan bertaubat kepada
Allah.
Didalam hadis di atas Rasulullah saw. menerangkan bahawa orang mukmin yang
sebenar itu ialah mereka yang sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada
terjatuh kedalam perbuatan maksiat , jika sekiranya terkeliru melakukannya,
tidak diulanginya kesalahannya itu pada kali yang lain. Seperti seorang yang
berjalan di sebatang jalan , tiba-tiba tampa sengaja dia terjatuh ke dalam
lubang. Sudah pasti dia akan berhati-hati bagi kali kedua apabila melalui jalan
tersebut. Begitulah jika seorang muslim yang terlanjur melakukan kesilapan dan
maksiat sudah pastinyalah ia akan menyesal dan tidak akan mengulangi kesilapan
dan dosa yang sama
Oleh yang demikian itu hendaklah seseorang itu berwaspada dan berhati-hati
sebelum melakukan sesuatu perbuatan supaya ia tidak terjerumus dalam melakukan
maksiat dan kesilapan berulang kali .
Oleh sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bertaubat kepada Allah sekiranya
kita terlanjur melakukan sesilapan dan dosa.