<BGSOUND SRC="alham.mid">
AZAN DAN QAMAT
Untuk menandakan masuknya waktu solat, azan akan dilaungkan. Adalah baik jika seseorang itu mendiamkan diri tanda hormat ketika azan berkumandang.
Maksudnya:-
Allah Maha Besar(2x). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kemenangan. Allah Maha Besar(2x). Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan itu dibaca pada tiap-tiap sembahyang fardhu dan bacaanya sama melainkan azan subuh yang berbunyi seperti yang berikut.
Maksudnya:-
Allah Maha Besar(2x). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku mennyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kemenangan. Sembahyang itu lebih baik daripada tidur. Allah Maha Besar(2x). Tiada Tuhan melainkan Allah.
Hukum membaca doa selepas azan yang berikut ini adalah sunat.
Maksudnya:-
Wahai Tuhan yang empunya seruan yang telah sempurna iini, dan sembahyang yang akan didirikan ini. Kurniakanlah kedudukan yang tinnggi kepada junjungan kamu Muhammad dan kehormatan dan pangkat menjulang tinggi. Dan bangkitkanlah untuknnya kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan, sesungguhnya Engkau tidak mungkir janji. Wahai Tuhan ampunilah aku dan ibubapaku, dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana keduanya telah memelihara aku sewaktu kecil. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan sekeluarganya dan sahabat-sahabatnya.
HIKMAH DI SEBALIK AZAN

Adapun azan adalah ibadah sunat yang sangat dituntut sebelum mengerjakan ibadah solat, terutama sekali untuk solat berjemaah.

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kalau manusia ini tahu betapa besarnya azan dan barisan solat pertama dalam solat berjemaah, sehingga mereka tidak dapat mengerjakannya kecuali dengan diundi, nescaya mereka akan melakukan undian." (HR: Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi :

"Pada hari kiamat nanti, ada tiga golongan manusia yang akan mendapatkan harumnya bau kasturi. Mereka tidak mempunyai takut, sedangkan mausia yang lain dalam kecemasan. Mereka itu ialah:
(1) Orang yan membaca Al-Qur'an semata-mata kerana Allah dan mengajak orang melaksanakan solat.
(2) Orang yang melakukan azan di dalam masjid untuk mengajak orang lain mengerjakan solat tujuannya semata-mata adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.
(3) Orang yang berkerja keras di dunia ini, sehingga tidak lagi harus bekerja keras di akhirat nanti." (HR: Tarmizi)

Di dalam Al-Qur'an Allah juga berfirman:
"Dan siapakah yang lebih indah perkataannya dari orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan amal kebaikan" (Fussilat : 33)

Azan adalah merupakan tanda panggilan masuknya waktu solat dan merupakan ciri khusus dari seruan Islam. Orang yang mengumandangkan lafaz azan mendapatkan kemuliaan di sisi Allah dan mendapatkan kedudukan yang terhormat. Kerana itu, Rasulullah s.a.w memberikan gambaran jika setiap muslim menyedari betapa besarnya penghormatan yang diberikan oleh Allah kepada muazin, pastilah setiap datang waktu azan kaum muslimin akan berebut dan orang akan bersedia untuk mendapatkan undian agar dapat melakukan azan.

Hal ini menggambarkan betapa pentingnya azan dalam syariat Islam, sebab agama lain memanggil umatnya untuk melakukan solat tidak menggunakan azan tapi dengan cara yang lain.
Maksudnya:-
Allah Maha Besar(2x). Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku mennyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah Sembahyang. Marilah kepada kemenangan. Sembahyang telah didirikan. Allah Maha Besar(2x). Tiada Tuhan melainkan Allah.
Juga disunatkan bagi solat fardhu, bang & qamat bagi lelaki dan qamat sahaja bagi perempuan.
kemuka depan
Hosted by www.Geocities.ws

1