Renungan 2...

Berani adalah sifat kemuliaan kerana berada
Ditengah tengah antara sifat pengecut dan membabi buta
Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana
Berada antara sifat bakhil dan boros

Kurangilah dosa supaya mudah kamu menghadapi mati
Dan kurangilah hutang supaya kamu hidup merdeka

Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai
Lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci

Berjabat tanganlah kamu antara satu sama lain
Agar lenyaplah dendam kesumat dari hatimu

Orang yang berilmu itu selalu menang kerana
Membiasakan apabila dicaci disambut dengan senyuman

Berlaku adil lah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa

Ketinggian iman itu ialah
Sabar kerana hukum Allah dan redha dengan takdir Allah

Diam membawa selamat
Sopan santun membawa kemuliaan
Syukur dan ikhlas membawa tambahan rezeki

kemuka depan

Hosted by www.Geocities.ws

1