.............. Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin
Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu
dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab
150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda
beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir
di Palestin kerana ketika itu
bondanya pergi ke daerah itu
demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam
kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun
baru Imam Syafie dan ibunya kembali
ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal
Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti
isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.
Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau
telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai
guru besar ilmu hadith serta menjadi
mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar
ke tempat Imam Malik di Madinah,
setelah itu beliau ke Irak,
Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia
29 tahun beliau pergi ke Yaman
untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam
beliau membagi malam itu kepada
tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan
kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat
dan zikir dan sepertiga lagi
untuk tidur.
Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau
diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman,
sekaligus menjadi guru besar di
Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap
kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah
berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu kali datang
Ketika peristiwa itu terjadi
pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke
Pada suatu malam pengadilan
pun dimulai.
Imam Syafie dalam
keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT.
Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda
Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah
kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan
beliau.
“Assalamualaika, ya
Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau
kepada baginda dengan tidak disempurnakan
iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam
warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian
baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam
dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan
mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini
sebelum mendapat izin dari saya?”
Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan
kata “Warahmatullah”
kerana rahmat Allah itu terletak dalam
hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi
lembut. Kemudian
Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat
55 yang bermaksud:
“Dan Allah telah berjanji
kepada orang-orang yang beriman di antara
kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia
sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan
bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan
Dia benar-benar akan menukar (keadaan)
mereka, sesudah mereka berada dalam
ketakutan menjadi aman sentosa.”
Setelah membaca ayat di atas
kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah,
jawapan salam
baginda tadi membuat hati saya
menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar
Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan
faham Syiah, dan apa alasanmu
untuk menolak tuduhan atas dirimu.”
“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila
saya masih dirantai begini, jika belenggu ini
dibuka Insya-Allah saya akan menjawab
dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan
kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.
Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka,
maka Imam Syafie duduk dengan baik
kemudian membaca surah Hujarat ayat
6:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasiq yang membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum
tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatanmu itu.”
“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda
itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak
memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara
Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama
menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana
saya sayang dan cinta kepada
Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah
Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada
keluarga Rasulullah.”
Demikian jawab Imam Syafie.
Baginda Harun ar Rasyid
pun menekurkan kepalanya kemudian ia
berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah
engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu,
kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”
Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari
berbagai cubaan serta seksaan dari
pihak yang tak mengerti akan
hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai
suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.