Imam Malik dilahirkan di sebuah
perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat
Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally.
Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah
serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam.
Ketika
Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan
baginda Al-Mansur yang berpusat di
Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai
orang ramai mengetahui akan
hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya.
Fatwa tersebut tetap
disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja
menyiarkan fatwanya itu ketika beliau
mengadakan ceramah-ceramah
agama, kerana fatwa tersebut
berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia.
Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia
masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian
Imam Malik dihukum dengan dera dan
diikat dengan tali dan dinaikkan
ke atas punggung
unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa
supaya menarik kembali fatwanya itu.
Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu
dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih
tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan
sebat sebanyak 70 kali,
yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata
kepada sahabat-sahabatnya:
“Aku dihukum dera begitu berat
lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah
dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”
Bagi Imam Malik hukuman semacam
itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia
tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada
jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan
itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits,
seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat
mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran
fatwanya ia berkata: “Aku mengharap
semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan
yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.”
Insya Allah.