Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau
memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan
di
Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya
meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah
menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang
orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal
lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.
Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal
telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau
bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai
seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh
imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu.
Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti
akan diuji keimanannya. Termasuk
juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan
cubaan.
Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu
akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi
orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan
Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan
kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam
kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa
iri dengan kebolehan seseorang.
Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang
berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu
kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan
pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat
seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun
Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran
itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu
menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat
demikian akan diberi hukuman. Kerana
ancaman itu akhirnya Basyar melarikan diri dari
Sultan
Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa
dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara
yang belum pernah aku lakukan terhadap yang lain?” Selama 20
tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan.
Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia,
kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari
persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan
pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin
juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam berat terhadap orang yang mengatakan Quran itu
makhluk.
Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin
iaitu Al-Makmun. Di zaman pemerintahan Al-Makmun
inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian.
Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama
besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa
Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan
supaya pendapat itu diterima orang ramai.
Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian
bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam
Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah,
tetapi ia adalah Kalamullah.”
Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani
membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu
Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin
Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan
membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh
dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya
lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara
datang
Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan
tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke
Tharsus, sesampainya di
Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan
hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima
usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan
tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan
pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari
pendiriannya itu.
Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda
sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama
saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali,
sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti
yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan
pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam
Hambali.
Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau
mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan
“La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk
yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk”
(Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan
ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51.
“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa
yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”
Sehingga seluruh badan beliau mengalir
darah merah.
Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan
tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari
menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far
apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam,
engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi
Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan
mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu
menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh
orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang
lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.”
Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata:
“Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian
beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan
berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan
beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal
saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah
dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”
Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah
memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang
bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan
Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal
dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran
itu makhluk harus dipertahankan.”
Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan
faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi
Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada
Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa
Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat.
Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap
menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba
mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud
kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat. Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam
penjara.
Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan
lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru,
bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah
kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan
hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau.
Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan
puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini,
maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu
selamat.”
Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa
bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah.
Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau
mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup
aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan
jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh
orang ramai.
Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib.
Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan
puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan
dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung
leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser
digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser
yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan
Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang
memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat
leher Ahmad bin Naser.
Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan
dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah
dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama
yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali
setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000
dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa
untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir
miskin.
Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal
dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun.
Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad
menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang
muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak
kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan
dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada
jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan
keredhaanNya.
Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya
menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.
Firman
Allah ertinya:
“Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)