Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab
yang besar dalam dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya
Imam Hanafi yang bukan orang Arab. Beliau keturunan
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699 Masehi di
sebuah
Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
1. Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki
yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
2. Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati setiap
yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang
yang hanif (kecenderungan/condong) pada agama. Itulah
sebabnya ia masyhur dengan gelaran Abu Hanifah.
3. Menurut bahasa
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di
tangan Abdul Malik bin Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Hanafi tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul
tentang ilmu fiqih, ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan
hikmah.
Imam Hanafi adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan
soleh, seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan
keredhaan Allah SWT. Walaupun demikian orang-orang
yang berjiwa jahat selalu berusaha untuk menganiaya beliau.
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan
mempertahankan kebenaran. Untuk kebenaran ia
tidak takut sengsara atau apa bahaya yang akan diterimanya. Dengan
keberaniannya itu beliau selalu mencegah orang-orang yang melakukan perbuatan
mungkar, kerana menurut Imam Hanafi kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan
orang yang berbuat kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan
semuanya, termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW
bahawa bumi ini diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik
sementara kumpulan kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan
jahat ini mahu merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya,
maka seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi
sebaliknya jika kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang
mahu membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan
selamat.
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan
tinggi yang diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak
pangkat dan menolak wang yang dibelikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu
ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam
penjara ia diseksa, dipukul dan sebagainya.
Gabenor di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah Al-Fazzari.
Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan
memberhentikan pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu
ketika Imam Hanafi akan diangkat menjadi ketua urusan
perbendaharan negara (Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gabenor Yazid menawarkan pangkat itu
kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain Gabenor Yazid menawarkan pangkat
Kadi (hakim) tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak
senang melihat sikap Imam Hanafi tersebut. Seolah-olah
Imam Hanafi memusuhi pemerintah, kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh
kerana itu ia diselidiki dan diancam akan dihukum
dengan hukum dera. Ketika Imam Hanafi mendengar kata ancaman hukum dera itu
Imam Hanafi menjawab: “Demi Allah, aku tidak akan mengerjakan jabatan yang
ditawarkan kepadaku, sekalipun aku akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Hanafi dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih
yang terkemuka di
Ketika itu gabenor menetapkan Imam Hanafi menjadi Pengetua
jawatan Sekretari gabenor. Tugasnya adalah
bertanggungjawab terhadap keluar masuk wang negara. Gabenor
dalam memutuskan jabatan itu disertai dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak
menerima pangkat itu nescaya ia akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Hanafi tetap menolak jawatan itu, bahkan
ia tetap tegas, bahawa ia tidak mahu menjadi pegawai
kerajaan dan tidak mahu campur tangan dalam urusan negara.
Kerana sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gabenor. Kemudian dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan
tidak dipukul.
Akibat dari pukulan itu muka dan seluruh badannya menjadi
bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja untuk
menghina Imam Hanafi. Walaupun demikian ketika Imam Hanafi diseksa ia sempat berkata. “Hukuman dera di dunia
lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu
berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Hanafi juga
menerima ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua
tahun dari hukuman tadi terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan
Umaiyyah ke tangan Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti
dengan ketua negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari
Abul Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah
telah berumur 56 tahun. Namanya masih tetap harum
sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir yang
cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.
Suatu hari Imam Hanafi mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di Baghdad,
supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana
Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan
kepada pengawal untuk menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di
Pada
suatu hari Imam Hanafi dikeluarkan dari penjara kerana mendapat panggilan dari
Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda
bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab
oleh Imam Hanafi: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul
Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam
kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi
Allah saya bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana
saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya diberi
jawatan itu.”
Baginda
berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu.”
Dijawab oleh Imam Hanafi: “Amirul Mukminin, sungguh baginda telah menetapkan
sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan bahawa saya tidak patut
memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah oleh
bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang
golongan hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang ulama
besar ke istananya, iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri dan Imam
Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka ketiganya ditetapkan
untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam kenegaraan, masing-masing
diberi
Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik
diangkat menjadi kadi di ibu
Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu menerimanya,
kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga tidak mahu menerimanya dan tidak pula
berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam
penjara dan dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap
pagi dipukul dengan cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi
yang berat.
Suatu kali Imam Hanafi dipanggil baginda untuk mengadapnya.
Setelah tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas
air yang berisi racun. Ia dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Hanafi kembali dimasukkan
ke dalam penjara. Imam Hanafi wafat dalam keadaan menderita di penjara
ketika itu ia berusia 70 tahun.
Imam Hanafi menolak semua tawaran yang diberikan oleh
kerajaan daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan
corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab
itu mereka berusaha mengajak Imam Hanafi untuk bekerjasama mengikut gerak
langkah mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Hanafi
menolak semua tawaran yang mereka berikan.