KOMUNIKASI ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI)
Siti dan
Mat (bukan nama
sebenar) kedua-duanya sibuk bekerja. Pasangan muda ini masing-masing
bekerja di syarikat swasta. Siti bekerja sebagai
eksekutif pemasaran dan Mat sebagai jurutera electronik. Mereka baru saja mendirikan
rumah tangga dua bulan lepas.
Walaupun telah lama berkenalan, perkahwinan membuka lembaran baru di
dalam perhubungan mereka.
Pada hari
Ahad lepas, Siti bangun awal
dari Mat, ia
bergegas ke dapur menyediakan sarapan. Sambil menyanyi riang dan dengan penuh
minat, Siti menyediakan nasi goreng kesukaan Mat. .Bau kopi panas
di ruang dapur amat menyelerakan
Siti. Mat belum juga muncul dari
bilik tidur ! Siti pergi
mendapatkan Mat.
Bang, mari
lah makan, nanti dah sejuk
tak sedap! Siti masak nasi goreng
kesukaan Abang. Mat
masih mengantuk. Dia telah tidur lambat
semalam setelah tidak dapat membuat
rumusan pada kertas kerja yang perlu dihantar pada hari Isnin.
Siti makan la dulu, Abang nak tidur
ni. Mat berkata ,sambil
mata masih pejam...
Alaaaa jumlaaaa, kalau Siti nak makan
sorang tak payahlah Siti kahwin,
dah la hari lain pun Siti makan sorang
kat kantin, takkan hari Ahad
pun Siti makan sorang juga...
Mat cuma
mengumam sesuatu dimulutnya
.Hmmmm sambil menarik selimut dan terus
tidur. Tidak lama kemudian hanya dengkuran nafasnya yang kedengaran menunjukkan dia sudah pun lena.
Siti mengeluh panjang, menuju kemeja makan
dan memakan sarapan seorang diri.
Mari kita lihat semula dailog
ini dengan memasukkan sekali suara hati masing-masing:
Siti didapur
memikir, hari ini dapat saya
bermesra dengan suami ku!Lepas
saya sediakan sarapan boleh kita
makan bersama. Rindu saya pada
suami, banyak yang nak saya beritahu
padanya!
Mat pula menganggap hari Ahan hari
untuk dia berehat. Mengikut contoh ibu bapa
Mat. Mat beranggapan suami isteri tidak perlu
berkomunikasi dan berinteraksi sangat. Mat terbiasa dengan sikap ayahnya yang tidak pernah duduk
berborak dengan isterinya. Ibu Mat pula memang pendiam bila berhadapan dengan suaminya dan hanya akan bercakap bila berjumpa dengan
kawan-kawan perempuannya.
Semasa Siti
kejut Mat dari tidur, Mat berasa marah sebab Siti
menganggu tidurnya. Mat berasa Siti tidak
prihatin tentang kehendak dan keperluannya.
Semasa Siti
didapur memakan nasi goreng seorang
diri, Siti terkenang ayah ibunya yang sentiasa bergurau dan bercerita diantara
satu sama
lain. Siti tidak faham kenapa Mat bersikap begini dan tidak mahu
bangun untuk makan sarapan bersama.
Bukanlah awal sangat, waktu sudah
pukul sepuluh pagi, takkan mengantuk
lagi! Hilang perasaan riang
Siti, malahan terus jadi masam
dan murung. Siti tak jadi kemas
rumah, langsung mengambil buku cerita dan baring di sofa ruang tamu
.Rancangan Siti tadi kemas rumah
bersama, sepertimana kebiasaan ayah ibunya yang kedua-duanya bekerja.
Apa pula kata Mat nanti bila dia bangun
tidur dan lihat isterinya dengan rumah berselerak
membaca buku cerita?
Semasa kita mula berumah
tangga, kita mempunyai tanggapan masing-masing tentang tugas dan tanggung
jawab pasangan kita. Contoh teladan ibu ayah akan menyebabkan
kita mempunyai ekspektasi tentang pasangan kita. Namun demikian, pasangan kita pula yang dari keluarga yang mempunyai perhubungan yang berbeda dari perhubungan
ibu ayah kita akan mempunyai
ekspektasi dan tanggapan yang berlainan pula.
Ini tidak
bererti kita tidak boleh berumah
tangga tetapi apa yang perlu
adalah komunikasi yang baik. Agar kita
lebih memahami kehendak danpengharapan masing masing.
Di dalam
kisah Mat dan Siti, keluarga Mat berbentuk keluarga zaman silam dimana
wanita tidak disayangi tetapi dianggap memenuhi keperluan lelaki untuk berkelamin, membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga. Di
dalam bentuk keluarga begini, suami sebagai ketua
dan tuan,
perlu dihornati dan ditakuti serta
dipatuhi segala kemahuan dan arahannya.
Diantara suami isteri ini,
tidak ada jalinan mesra, malahan kadang kala isteri berasa
geram dengan arahan yang pada pendapat isteri kurang munasabah. Suami sebagai ketua rumah
tangga bekerja dan isteri tidak
bekerja.
Keluarga Siti pula sangat berlainan. Ibu ayahnya berkahwin
atas dasar cinta. Kedua-duanya bekerja sebagai
guru semasa muda dan mereka selalu
berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan. Siti pernah melihat ibu ayahnya bertengkar
tetapi Siti tidak pernah cemas
melihat pertengkaran mereka sebab masing-masing
akan mendengar
dengan baik dan akan selesaikan
perbezaan pendapat mereka dengan masing-masing
beralah sedikit dari pendapat asal.
Semasa ibu Siti perlu menghadiri
aktiviti tambahan di luar, ayah Siti
akan mengambil
alih tugas memasak dan kerja
rumah dan demikian juga sebaliknya.
Siti perlu
memahami latar belakang Mat dan bersabar dengan kelemahan Mat yang berpunca dari scripting keluarga Mat, Mat
pula perlu sedar tentang perbezaan persepsi kehidupan berkeluarga diantara Siti dan ibunya
sendiri. Mat perlu faham Siti bekerja
dan sama
penat pada hujung minggu. Jadi Mat dan Siti perlu
menyedari bahwa perhubungan suami isteri yang intim bergantung kepada kelicinan komunikasi diantara mereka. Mendalami ajaran Nabi tentang hubungan
suami isteri akan menolong
pasangan ini.
Tindakan ini
amatlah bertepatan dengan ayat Al Quran dari Surah
An Nisa: ayat 35 bermaksud:
Dan jika
kamu khawatirkan ada persingketaan (perbezaan pendapat) antara keduanya, maka kirimlah juru pendamai dari pihak lelaki
dan perempuan. Jika kedua pihak
itu bertujuan mengadakan pembaikan(perdamaian), nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi
maha mengenali.
Maksud juru
pendamai termasuklah kaunselor, psikiatri, ahli psikologi, hakim, ketua keluarga,
dimana dalam proses ini melibatkan
komunikasi yang licin, saling memahami, penuh kasih sayang
dan bertangungjawab untuk mencari penyelesaian
dan ketenangan.
Model keluarga Melayu zaman silam yang kurang kemesraan di antara suami
isteri tidak boleh dijadikan contoh untuk keluarga
zaman sekarang dengan dinamik keluarga dan keperluan
serta keadaan yang berbeza.