|
AMALAN UNTUK
ALMARHUM/ALMARHUMAH |
"Amalan untuk almarhum atau almarhumah bererti seseorang beramal atas nama almarhum atau almarhumah, agar pahala ibadah tersebut
dibukukan pada catatan amal almarhum
atau almarhumah.
Menurut Imam Ahmad bin Hambal,
Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa
pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada
almarhum atau almarhumah. Amalan-amalan tersebut di antaranya:
1. Mendoakan dan memohonkan keampunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya."
"Ya Allah, berilah
ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami."
2. Bersedekah.
Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku bersedekah atas namanya?" Beliau menjawab, "Ya, dapat."
3. Berpuasa.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, "Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w.
dan bertanya, Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal
dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban
berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, 'Ya'. Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan."
4. Haji
Al Bukhari meriwayatkan,
Ibnu Abbas berkata, "seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan
bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar
untuk berhaji, tapi dia belum
memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji
untuknya? Rasulullah
s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ....tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran."
5. Solat
Ad Daruquthni meriwayatkan,
"Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah
s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu
dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka
masih hidup. Bagaimana cara
aku berbakti kepada mereka setelah
mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka
dengan solatmu dan engkau berpuasa
untuk mereka dengan puasamu."
6. Membaca al Quran
Hadiah membaca al Quran akan
sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima
upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkan mencari nafkah dan kekayaan
dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca
hendaklah mengucapkan 'Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada....(nama almarhum dan
almarhumah)