"Hubungan yang baik antara satu dengan
lain dan khususnya
antara muslim yang satu dengan muslim
lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah
menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara.
Itulah sebabnya, segala bentuk sikap
dan sifat yang akan memperkukuh
dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap
dan sifat yang dapat merosak ukhuwah
harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah
islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah
satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik
sangka).
Oleh kerana itu, apabila kita
mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim,
maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:
"Wahai orang-orang
yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah
(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah
lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6
Manfaat Berbaik Sangka
Ada banyak nilai dan manfaat
yang diperolehi seseorang muslim bila dia
memiliki sifat husnuzh zhan kepada
orang lain.
Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara
ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim
akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin
terasa kerana tidak ada halangan
psikologis yang menghambat hubungan itu.
Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana
buruk sangka akan membuat
seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.
Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan
yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri
belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti
yang sangat penting, kerana dengan demikian
jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari
iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.
Ini bererti kebaikan dan kejujuran
akan membawa
kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta
keburukan akan membawa kita pada
dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi
dengan dampak negatif yang semakin banyak.
Ruginya Berburuk Sangka
Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian
yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan
di dunia mahupun di akhirat.
Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping
kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa
dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat
kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang
lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya :
"Wahai orang-orang
yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang
dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah seseorang
dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? (Jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
mengasihani."
Q.S Al-Hujuraat : 12
Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat
kita menjadi rugi, kerana apa
yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan
oleh Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi
Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk
sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta
yang besar, tetapi juga akan
mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith,
Rasulullah bersabda :
"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran
membawa kepada kebajikan dan kebajikan
membawa ke syurga. Selama seseorang benar
dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di
sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan
membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta
dan selalu memilih dusta dia
tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari
Larangan Berburuk Sangka
Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan
kerugian, maka perbuatan ini sangat
dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat
Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari
betapa hal ini sangat tidak
baik dan tidak benar dalam
hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim
dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada
benih- benih di dalam hati
perasaan berburuk sangka, maka perkara
itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana
ia berasal
dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita.
Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh
terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim
dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah
berburuk sangka.
Oleh kerana itu, Khalifah Umar
bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang
saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi
kebaikan.
Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan
sikap husnuzhzhan (berbaik sangka).
Ya Allah, bukakanlah ke atas
kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami
khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah
urusanku
"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka
bererti kamu sudah membuka aib
saudaramu, dan jika itu salah,
maka engkau sudah melakukan fitnah "
kemuka
depan