Assalamu’alaikum wrt.wbh
Saudara-saudara budiman,

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam.

Nabi Adam (rasul pertama) yang diperkirakan hidup lebih
kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah
dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan
Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan
adapula yang membangkang.
Nabi Idris as. (rasul ke 2)
merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada
anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus
menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga
Nabi Nuh as. (rasul ke 3) merupakan keturunan
Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan
Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam
dalam banjir yang besar.
Nabi Hud as. (rasul ke 4)
adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah
patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya
menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan
ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.
Begitu juga
Nabi Saleh as. (rasul ke 5) merupakan keturunan
Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan
Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka
menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar
menyembah Allah, sebahagian besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama
Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Saleh.
Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. (rasul ke 6)
juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri
Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud
menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan.
Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada
mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka
tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan
Nabi Luth as. (rasul ke 7) adalah bersaudara
dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya
menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
Nabi Ismail as. (rasul ke 8)
adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka
belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka
juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut
dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan
inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ishaq as. (rasul ke 9)
adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah,
mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji.
Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar
iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia
170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu
juga dengan
Nabi Ya'kub as. (rasul ke 10) diutus oleh Allah
SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang
Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun
dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
Nabi Yusuf as. (rasul ke 11)
anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa.
Disamping baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan
dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia
120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.
Nabi Ayyub as. (rasul ke 12)
anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri
Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat
dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di
suatu tempat di daerah Itali.
Nabi Dzulkifli as. (rasul ke
13) adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke
negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap
mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan
berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat.
Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.
Nabi Syu'aib as. (rasul ke
14) keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin
Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada
Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Musa as. (rasul ke 15)
dan Nabi Harun as. (rasul ke 16) diutus oleh Allah SWT
kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan
berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka
menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat
daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
Nabi Daud as. (rasul ke 17)
dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar
menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as.
wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu
dimakamkan di Palastin.
Nabi Sulaiman as. (rasul ke
18) adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja.
Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang
tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai
semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak
semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
Nabi Ilyas as. (rasul ke 19)
merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di
Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat
dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak
kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar,
sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.
Nabi Ilyasa' as. (rasul ke
20) diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid
berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan
dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang
yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum
Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali
Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan
laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh
pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
Nabi Yunus as. (rasul ke 21)
keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada
bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya
agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang
bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan
berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika
tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk
mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal
kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah
ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali
ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan
dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Zakaria as. (rasul ke
22) dan Nabi Yahya as. (rasul ke 23) diutus kepada
bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi
Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga
dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua
nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa
Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Isa as. (rasul ke 24)
adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat
martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan
dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian
ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka
agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa
di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam,
Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah
engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59).
Nabi Isa as. diutus oleh
Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap
taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang
melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah
yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan
Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi
Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba
Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku
seorang Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan
Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan
yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as.
Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan
seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal
dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata
tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan
pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka
sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.
Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau
diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh
bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah
lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini
beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah
SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi
Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu
diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota. Ada pula
yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang
meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu
dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya
beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah
maksudnya: "Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata;
bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata:
"Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya
Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah
ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan
jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi
sakitnya". (Al Maidah:72-73)
Nabi Muhammad SAW (nabi dan rasul ke 25 yang terakhir) dilahirkan pada tahun
571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin
Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW
adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan
umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan
Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi
seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk
seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau
rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya
menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan
rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara
bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian
Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan
wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang
sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang
terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya
seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran
dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa
Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah
kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab
taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan
datang kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka
membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: ini ialah sihir
yang jelas nyata". (As Saaf:6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab
ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki
kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu". (Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau
pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat
nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana
manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day).
Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah
Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada
segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala
yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Sekian.Wallahualam.
kemuka
depan