|
Berbicara tentang memperbaiki diri, kita perlu mengemukakan contoh yang
selamat dan sejahtera bagi individu Muslim dan berbagai-bagai jurusan yang
menyempurnakan peribadi Islamnya. Kemudian kita sentuh
berbagai-bagai wasilah dan cara yang mungkin yang dapat mengubah realiti
yang rendah dan yang sedang berkuasa kepada satu bentuk gambaran yang
bersinar cemerlang bagi seorang Muslim, laki-laki aqidah, oleh kerana
urusan itu bukan perkara kecil yang mudah dihuraikan dalam satu makalah
atau dua makalah. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perlulah kita merujuk
kepada kitab-kitab, risalah-risalah dan majalah-majalah yang telah
menghuraikan jurusan itu dan mengkajinya.
Kita menghendaki individu Muslim, Pendukung Aqidah yang selamat sejahtera
dan murni dari segala campuran, Pendukung Ibadah yang Sahih lahir dan
batin, yang mempunyai Akhlaq yang teguh yang diambil dari Qur'an dan
sunnah Rasulullah s.a.w, yang mempunyai pendidikan dan pemikiran yang
sesuai dengan pimpinan amal Islami, yang mempunyai tubuh yang kuat yang
mampu memikul berbagai-bagai tugas, amal dan jihad. Kita menghendaki
Muslim yang bermujahadah dengan dirinya dan memerangi nafsunya, yang
berguna kepada orang lain, yang menjaga waktunya, yang mampu mengatur
segala urusannya dan yang mampu berusaha dan berdikari.
Inilah sebahagian dari tanda-tanda contoh yang kita kehendaki dan inilah
jurusan memperbaiki diri yang kita kehendaki.
kemuka
depan
|