IMAN,
ISLAM DAN EHSAN
Hadis Ibnu Umar
r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:
Islam ditegakkan di atas
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, ketika Rasulullah
s.a.w berada bersama kaum muslimin,
datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda:
Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman
kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya
kepada Hari Kebangkitan.
Lelaki itu bertanya
lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan
Ramadhan.
Kemudian lelaki tersebut
bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa
memerhatikanmu.
Lelaki tersebut bertanya
lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun
aku akan
ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah
sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang
miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian
dari tandanya. Selain dari itu
apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala
kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu
juga dikira tanda akan
berlakunya Kiamat. Hanya
Kemudian Rasulullah s.a.w
membaca ayat: Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan
berlaku Hari Kiamat, di samping
itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui
apa yang ada di dalam rahim
ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya
pada keesokan hari iaitu samada
baik atau jahat dan tiada
seorang pun yang mengetahui
di manakah dia akan menemui
ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah
s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: Sila panggil orang itu
kembali. Lalu para sahabat berkejar ke arah
lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki
tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki tadi ialah Jibril
a.s. Kedatangannya
adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.