|
UMAT
MUHAMMAD SAW DISERU MENITI SIRAT |
|
Allah Taala menyeru:
“Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan
mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.” Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan
bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia
akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan
terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!” Nabi Muhammad
SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu,
palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga
mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka
akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan
kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai
umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana
mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa
terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad
SAW berhenti di atas Sirat. Setiap
kali, baginda SAW melihat
seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat,
baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru:
“Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad
SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka! Kumpulan ke sembilan dan
ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka
tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak
yang telah mati semasa di dunia
ketika umur mereka dua bulan,
kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan
bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta
tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan
bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama. Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa
mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku
sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa
mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam
keadaan yatim di sini dan
di dunia.” Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu
terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat
dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk
di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan
dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil
“Tempat Teropong.”
Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat. Nabi Muhammad
SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan
yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran.
Bendera Kepujian berada di atas
kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu
mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan
memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.” Nabi Muhammad
SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.
Setiap kaum akan kekal didalam
rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam
keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka. |