|
Sikap 'terlalu' ini sangat berbahaya
dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin
dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih
baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala 'terlalu' dalam diri kita.
10 'terlalu' yang membahayakan
ini ialah:
1. Terlalu Manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan
tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat
membangkitkan sifat melindunginya.
Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling
teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum.
Pasti akan memalukan teman lelakinya.
2. Terlalu Tertutup
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat
komunikasi.
Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.
3. Terlalu Terbuka
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun
sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan.
Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah
kebiasaan bicara dulu , berfikir kemudian serta melampau had sempadan.
4. Terlalu Cerewet
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada
anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan.
Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan Kerana aku sayang padamu.
5. Terlalu
Sensitif
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif
akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk
mengungkapkan perasaanya,
kerana takut melukai hatinya.
Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah
pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.
Kadangkala gurauan juga dapat mengguris
perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.
6. Terlalu Mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan
aktiviti yang disukainya,
untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi
dirinya sendiri.
Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk
jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan
berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.
7. Terlalu Memperlekeh
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak
membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap
mahupun ucapan yang dihamburkan.
Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dgn cara
yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.
8. Terlalu Memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia
kekasih kamu, namun bukan milik
peribadi kamu.
Jadi biarkan dia juga dimiliki
oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.
9. Terlalu Menyanjung
Kebiasaan memuji dan saling menghargai
memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting
untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu.
Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja
merosak erti sebenar pujian , tetapi juga
membuat si dia merasa bosan.
Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.
10. Terlalu Menuntut
Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan
dan tidak lagi mahu menurut
kehendak pasangannya.
|