|
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah
S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan
aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia
dan akhirat."
Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :
" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "
Dia berkata : Aku mahu menjadi
orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan
jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi
orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri
maka engkau akan jadi orang
paling kaya
Dia berkata : Aku mahu menjadi
orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri
sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi
orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi
sebaik-baik manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi
orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang
istimewa di sisi
Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan
imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata : Aku mahu termasuk
dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap
melihat engkau maka dengan cara
ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk
dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan
termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata : Aku mahu berjumpa
Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui
Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata : Aku mahu dihimpun
pada hari qiamat di bawah
cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung
pada hari qiamat di bawah
cahaya
Dia berkata : Aku mahu dikasihi
oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan
segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata : Aku mahu menjadi
semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia
manusia
Dia berkata : Aku mahu menjadi
segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan
rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki
Dia berkata : Aku mahu termasuk
dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan
dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata : Aku mahu diterima
segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi
Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi
pekerti, rendah diri dan sabar
dengan ujian (bala )
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak
dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam
keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari
qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di
dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin:
" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.... "
Wassalam
Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah
Mudah-mudaham bermanafaat
untuk ana dan kita semua,sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.
|