Oleh
: Muhammad
Isa al-Jambuli
MENGHUBUNG dan mengekalkan sillatul-rahim
adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT berfirman mafhumnya:
Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu saling bermohon dengan
nama-Nya dan (pelihara- lah) sillatul-rahim (Al-Nisa' :
1).
Pernah driwayatkan, seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw,
katanya, "Aku ada seorang kerabat, aku melakukan
hubungan keluarga (sillatul-rahim) dengannya tetapi dia memutuskannya. Aku maafkan dia tetapi dia menzalimi aku. Aku
berbuat baik kepadanya tetapi dibalasnya dengan perbuatan jahat. Apakah
aku patut membalasnya dengan kejahatan juga?". Rasulullah menjawab, "Jangan. Engkau
mesti bersatu dengannya. Ambil lah yang baik. Hubungilah dia. Di belakangmu ada pertolongan daripada Allah,
selagi engkau tetap dengan sikap dan tindakan yang demikian".
Ternyta, mewujudkan sillatul-rahim itu adalah satu tuntutan dan menjadi
kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan- amalan lain. Kalau sillatul-rahim itu belum wujud, hendaklah diwujudkan; kalau
ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah diselesaikan; kalau hampir putus,
hendaklah dipulihkan dan kalau sudah baik keadaannya hendaklah dipelihara atau
dikekalkan. Seperti amal ibadah yang lain,
melaksanakan kewajipan dalam hal yang berkaitan dengan sillatul- rahim juga
bukanlah merupakan satu urusan yang sukar atau terlalu membebankan. Rasulullah
saw bersabda, mafhum- nya: "Hubungkan rahim di antara kamu walaupun hanya
dengan salam". Demikianlah
betapa mudahnya pelaksanaan sillatul-rahim itu. Dengan salam sahaja kepada kaum kerabat, dikira telah menunaikan
kewajipan menghubungkan sillatul- rahim.
Di samping itu ada beberapa pilihan lain
dalam pelaksaannya. Ulamak mengatakan, "Seseorang yang
mempunyai kerabat wajiblah menghubungi kerabatnya dengan hadiah dan ziarah,
jika tidak berkemampuan dengan harta (hadiah), hubungilah dengan ziarah sahaja
dan berilah apa-apa bantuan yang diperlukan. Jika kerabat itu berjauhan,
hubungilah dia dengan
Hubungan sillatul-rahim dengan kerabat yang
bukan beragama Islam juga hendaklah dipelihara sewajarnya. Diriwayatkan,
Asma' binti Abu Bakar al-Shiddiq berkata, "Ibuku datang mengunjungiku,
lalu aku mengadu kepada Rasulullah, 'Ya Rasulullah, ibuku datang ke rumahku,
sedangkan dia kafir musyrik. Apakah aku harus melayaninya?'. Rasulullah lalu bersabda kepadaku,
'Bahkan (Ya). Berikanlah (apa-apa sahaja)
kepadanya'". Amalan Sillatul-rahim adalah sejajar
dengan amalan-amalan kebajikan yang Lain. Dalam al-Qur'an, sebagaimana
mafhumnya yang diperturunkan di bawah, jelas memperlihatkan amalan
sillatul-rahim itu turut disenaraikan di samping amalan-amalan yang lain :
Bahawasanya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil,
berbuat kebajikan dan menolong kaum kerabat. (Al-Nahl
: 90)
Dan sembahlah Allah dan jangan sekutu
Pada masa yang lain, Rasulullah saw telah ditanya, "Katakan
kepada- ku, apakah amal yang membawa aku ke syurga dan menjauhkan aku daripada
neraka?". Rasulullah saw menjawab, mafhumnya:
"Engkau sembah Allah, jangan sekutukan Dia dengan sesuatu, dirikan
sembahyang, keluarkan zakat dan hubungkan antara
rahimmu". Rasulullah saw juga pernah bersabda, mafhumnya: "Tiada
langkah seorang hamba yang paling dikasihi oleh Allah melainkan langkah untuk
mengerjakan shalat fardhu dan langkah kepada kaum kerabat (menghubungkan
rahim). Berkata Abu Thalhah kepada Rasulullah saw, "Kebunku itu adalah untuk
fi sabilillah dan untuk sekalian fakir miskin". Lalu Rasulullah saw
bersabda, mafhumnya: "Sudah wajiblah (pastilah) pahalamu daripada Allah,
dan sekarang engkau bahagi-bahagikan kebun itu di kalangan kaum
kerabatmu". Diriwayatkan, di dalam Taurat tersurat firman Allah yang
bermaksud:
"Takutlah kepada Tuhanmu, berbaktilah
kepada ibu bapamu dan hubungkanlah rahimmu, nanti Aku lanjutkan umurmu,
melaksanakan segala kemudahan dan menyelesaikan segala kepayahanmu". Kata Anas r.a,
"Tiga jenis orang dibawah naunng Arasy Rahman pada hati kiamat
:
(1) Orang yang menghubungkan rahim, iaitu orang yang dipanjang
(2) Perempuan yang kematian suaminya dan dia memelihara
anak-anaknya yang yatim itu hingga dikayakan mereka itu oleh Allah;
(3) Lelaki yang menjamu anak-anak yatim dan fakir miskin.
Dikatakan ada
(1) Mengekali sedekah, sama ada sedikit atau
banyak;
(2) Mengekalkan perhubungan antara kaum keluarga;
(3) Mengekalkan perjuangan di jalan Allah (jihad fi sabilillah);
(4) Mengekalkan wudhuk dan tidak membazirkan air ketika berwudhuk;
(5) Mengekalkan taat kepada ibu bapa.
Daripada apa yang diperkatakan di atas, dapatlah dibuat kesimpulan,
bahawa menghubungkan tali kekeluargaan adalah sejajar dengan amalan- amalan
yang lain, seperti bertakwa kepda Allah, berdakwah (amar ma'ruf dan nahi
munkar), shalat fardhu, taat kepada ibu bapa, berbelanja kepada perjuangan fi
sabilillah, kepada fakir miskin dan lain-lain. Berikut diperturunkan pula
mafhum beberapa hadis tentang akibat buruk yang akan diterima oleh orang yang
memutuskan sillatul-rahim :
Sabda Rasulullah saw, mafhumnya: "Ketahuilah, bahawa rahmat
Allah tidak turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka orang yang
memutuskan sillatul-rahim".
Mengulas hadis di atas, ulamak mengata-
Sabda Rasulullah saw maksudnya: "Bahawa bau syurga itu dadapt
dihidu dari sejauh
Antara amaran-amaran Rasulullah tentang akibat buruk daripada
tindakan memutuskan sillatul-rahim ialah :
(a) Tidak turun malaikat kepada kaum yang di kalangan mereka ada
yang memutuskan sillatul-rahim.
(b) Tidak masuk syurga orang yang memtuskan sillatul-rahim.
(c) Apabila ada manusia memperkatakan tentang ilmu tetapi
mensesiakan amalam daripada ilmu itu, berkasih-kasih mereka dengan lidah tetapi
benci di hati, dan mereka memutus kan sillatul-rahim; dilaknat Allah ke atas
mereka itu, ditulikan telinga mereka dan dbutakan mata mereka.
Hadis-hadis berikut adalah tentang kelebihan menghubungkan
sillatul-rahim :
Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Sedekah kepada orang
miskin itu mendapat pahala satu sedekah, sedangkan sedekah kepada kaum kerabat
itu mendapat dua pahla : pahala sedekah dan pahala
menghubungkan sillatul-rahim". Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya:
"Takutlah kamu kepada Allah dan hubungkan rahim kamu, maka itu terlebih
baik bagi kamu di dunia dan di akhirat".
Sekurang-kurangnya sepupuluh kelebihan (temasuk yang tersebut dalam
maksud hadis-hadis di atas) akan diperolehi oleh orang yang memelihara
sillatul-rahim itu, iaitu :
(1) Mendapat keredhaan Allah Taala, kerana menghubungkan kerabat
itu perintah Allah Taala;
(2) Mendatangkan sukacita dan rasa bahagia;
(3) Menyukakan para malaikat;
(4) Mendapat kebaikan dan nama baik di
kalangan muslimin;
(5) Mendatangkan dukacita kepada iblis yang terlaknat;
(6) Melanjutkan usia;
(7) Memberkatkan razki;
(8) Menyenangkan arwah ibu bapa dan datuk nenek;
(9) Menambahkan marwah dan meninggikan darjat;
(10) Beratmbah pahala kemudian daripada mati, kerana kaum kerabat
mendoakannya dan mengingati (menyebut- nyebut) kebaikan dan kebajikannya.
Diceritakan, bahawa Qarun yang ditelan bumi, setiap hari semakin dalam
itu, tiba-tiba terhenti, apabila dia bertanya khabar tentang Musa
, anak bapa saudaranya. Cerita ini menujukkan
kelebihan membuat hubungan kekeluargaan, sehinggakan orang yang melakukan
kemungkaran besar dan sedang menerima pembalasan seperti Qarun itu pun mendapat
kelonggaran, apabila dia bertanya khabar tentang diri ahli kaum keluarganya.