Ubayy ni Ka'ab r.a. menceritakan :
"Nabi SAW pernah sekali mewakilkan aku untu mengutip
zakat dari sebuah daerah.Aaku pun pergi menemui salah
seorang di sana dan aku
bertanyakan keterangan tentang hak miliknya.Dia
dijangka mengeluarkan seekor anak untaa
yang baru berusia setahun sebagai zakatnya.Apabila dia diberitahu tentang perkara ini,maka dia pun berseru:
"Apakah gunanya seekor anak unta
yang baru berusia setahun ini?Kamu
tidak boleh menyusui ata menungganginya.Di
sini ada seekor unta betina
yang telah dewasa.Kamu ambillah unta betina
ini sebagai gantinya."
Aku pun menjawab :"Tugas yang dipikul ke atas
aku ini tidak
membenarkan aku mengambil lebih dari apa yang telah
ditetapkan untuk kamu mengeluarkannya.Nabi SAW akan melawat daerah
ini pada malam hari.Aaku fikir baiklah kamu
pergi menemuinya dan sampaikan tentang
tawaran kamu itu kepada baginda.Sekiranya
baginda tidak keberatan,aku akan menerima tawaran mu itu dengan
senang hati dan sebaliknya jika baginda keberatan,kamu
mestilah memberiku apa yang sepatutnya kamu keluarkan sahaja."
Selepas itu orang
itu pun membawa unta betinanya kepada Nabi SAW dan meminta nasihat
dari baginda seraya berkata:"Wahai Nabi Allah!Wakilmu telah datang menemuiku
untuk mengutip zakat.Demi Allah!Sebelumnya au tidak pernah pun mendapat kesempatan untuk membayar sesuatu apa pun kepada Rasulullah SAW atau wakilnya.Oleh itu,aku telah membentangkan
segala apa yang aku miliki kepada
wakilmu.Wakil itu telah memutuskan supaya aku mengeluarkan
seekor unta yang baru berusia setahun.Wahai
Rasulullah!Dewasa ini anak unta itu
belum boleh digunakan lagi.Ia tidak boleh mengeluarkan
susu atau memikul sebarang muatan ,oleh kerana
itu aku syorkan
kepada wakil tuan agar menerima unta betina yang elok ini sebagai
gantinya;tetapi sayangnya dia enggan menerimanya
tanpa keizinan daripada tuan terlebih
dahulu.Sekarang aku datang menemui tuan,bersama-sama unta betina ini."
Rasulullah SAW bersabda:"Memang benar,hanya sekadar
itu sahaja yang diharapkan supaya dikeluarkan oleh kamu,seperti yang telah ditetapkan oleh wakil itu,tetapi sekiranya kamu sanggup memberi lebih dari apa
yang telah ditetapkan ke atas kamu
itu,ianya juga akan diterima."
Orang itupun menyerahkan unta betina itu
kepada Rasulullah SAW dan baginda menerima
serta mendoakan orang itu."
Lihatlah betapa para
sahabat dgn.kemurahan hati sanggup berpisah
dengan harta benda yang paling dikasihi oleh mereka semata-mata
kerana Allah swt.Sebaliknya,kita
juga mendakwa diri sebagai penganut
Islam yang tulin dan sejati serta pengikut
kekasih kita Rasulullah SAW yang bersemangat,tetapi
selain drp. memberi sumbangan
sedekah kpd. yang miskin dan
memerlukan,kita terlalu enggan utk.membayar kadar zakat yang telah ditetapkan dan wajib kita
keluarkan. Zakat yang merupakan salah satu rukun Islam tidak sedikit pun dikenali atau di
berati oleh mereka dari golongan
pertengahan,hanya mereka yang memiliki kesedaran agama sahaja masih meneruskan pembayaran zakat,walaupun ini kadang-kadang menjejaskan perbelanjaan mereka sendiri mahupun segala derma-derma kebajikan yang telah disalurkan oleh mereka ini pada
waktu yang terdesak dan juga simpanan-simpanan
mereka sendiri sanggup dicurahkan oleh mereka kerana
tujuan yang suci dan murni.
(Zakat adalah wajib.Sedekah
dan derma adalah sunat)