JIKA KAMU MEMANCING IKAN....
setelah ikan itu
terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah
sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....kerana ia akan
sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah
sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar
keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula....akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu
terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal....
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang kamu pasti
membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga
yang akan menyesal.....