KISAH MENYAYAT HATI SAUDARA KITA DI BUMI IRAQ

 

 

Daham Kassim, 46, dan isterinya Gufran Ibed Kassim, 37, telah kehilangan tiga orang anak apabila tentera AS menembak kereta yang mereka naiki semasa meningalkan kawasan Mutanaza di Nasiriyah. Kassim, Gufran dan Zainab, anak mereka yang keempat yang berusia lima tahun, yang semuanya tercedera dalam serangan tersebut, telah dibawa ke hospital tentera oleh askar AS.


Ed Vulliamy menceritakan nasib mereka: ``Selama dua malam sisa keluarga ini tidur di atas sebuah katil. Nampaknya cerita ini seolah-olah akan berakhir. `Tunggu,' kata Kassim, air matanya berlinang untuk apa yang akan diperkatakannya, seolah-olah apa yang sudah dialaminya masih tidak cukup teruk.


`Tidak usah menanya saya. Saya akan memberitahu kamu apa yang telah terjadi.'' Pada malam ketiga, yakni 27 Mac, terdapat beberapa askar Amerika yang tercedera pada malam tersebut semasa peperangan. Mungkin mereka memerlukan katil-katil tersebut. Oleh itu, mereka memberitahu kita supaya tidur di luar.


Saya terdengar arahan keluarkan mereka - dan mereka mengangkat kami ibarat anjing, keluar ke dalam kesejukan malam, tanpa pelindung ataupun selimut. Semasa itu waktu malam amat sejuk dan diselangi dengan ribut pasir. Dan saya terdengar Zainab menangis, ``Ayah, ayah, saya kesejukan, saya kesejukan.''


Dan tiba-tiba beliau tersenyap, terus tidak berkata apa-apa.' Kassim berhenti bercerita dalam kesedihan. Isterinya menyambung penderitaan tersebut. ``Apa yang boleh kita lakukan? Anak saya asyik berkata bahawa dia sejuk. Kedua-dua tangan saya patah. Saya tidak mampu mengangkat atau memegangnya.


Sekiranya mereka memberikan kami sehelai selimut, mungkin kami boleh menyelimutnya. Tetapi kami hanya mampu berdiam diri dan mendengar dia menghembuskan nafas terakhir.''

Begitulah penderitaan mereka.. kalau benarlah kita sesama Islam bersaudara.. apa yang telah kita lakukan untuk membantu mereka.. kalau kita tak mampu menginfakkan sedikit dari kakayaan kita pada mereka, tolonglah doakan mereka.. mana tahu doa kita dimakbulkan Tuhan..

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di bumi Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya,Maluku serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin.

 

kemuka depan

Hosted by www.Geocities.ws

1