BILA KEMUSNAHAN BUMI DAN MAKHLUKNYA BERLAKU
Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan ( Surah
Ar-Rahman ayat 26-27 )
Alam luas ciptaan Allah SWT akan menempuh
saat kemusnahannya, lihatlah tumbuh-tumbuhan yg menghijau disekeliling kita
akhirnya akan kuning layu, bebunga yg kembang akan gugur dari kelopaknya, besi
akan karat dan menjadi reput meskipun kepejalan dan kekerasannya tidak diragui,
makanan dan lauk-pauk yg segar akan basi, anak-anak remaja akan pudar
kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya ajalpun tiba.
Semua itu adalah unsur-unsur kiamat kecil yg sentiasa berlaku disekeliling
kita.
Situasi demikian merupakan satu
perkhabaran awal bahawa kemusnahan sebenar akan berlaku kepada seluruh ciptaan
Allah. Iaitu alam buana dan seluruh gawang cakerawala yg dipenuhi berbilion
keluarga planet, akan menemui ajalnya pada satu detik yg dinamakan kiamat. Tiada
satupun yg terkecuali selain yg kekal hanya Allah yang Maha Pencipta yg
menetapkan tarikh akhir segala ciptaanNya.
Firman Allah didalam surah Ar-Rahman ayat
26-27 : Yang bemaksud :
Setiap yg ada dimuka bumi ini akan binasa.
Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Bumi walaupun kelihatan begitu gagah
dengan bebatu pejal serta gunung-ganang terhujam kukuh kedasar bumi, namun ia
bukan satu jaminan untuk kekal. Akhirnya pasti terpaksa tunduk dengan kehadiran
saat yg maha dasyat itu. Qiamat juga bererti musnahnya seluruh sistem alam yg
diciptakan oleh Allah SWT yg selama ini berjalan mengikut ketentuannya. Tidak
suatupun pertembungan berlaku yg beredar di angkasa raya.
Langit yg terlalu jauh dari jangkauanan
tatapan manusia, yg tidak diketahui apakah jenis logam yg kepejalannya begitu
kukuh, malah tidak pernah dibayangkan oleh akal manusia bagaimana bentuk dan
kehebatannya. Namun Qiamat akan mengakhiri semua kekebalan dan kepejalan serta
kekerasan.
Firman Allah didalam surah Al-Infiihar
ayat 1-4 : Yg bermaksud :
“Apabila langit terbelah dan apabila
bintang-bintang jatuh berserakan dan apabila lautan dijadikan( berombak
raksasa) meluap dan apabila kuburan-kuburan terbongkar”
Firman-Nya lagi dalam surah Az-Zalzalah
ayat 1-5 : Yang bermaksud :
“Apabila bumi digoncangkan dgn goncangan
(yg dasyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yg dikandungi)nya,
dan manusia bertanya : “ Mengapa bumi (jadi begini) ?, Pada hari itu bumi
menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan (yg demikian
itu) padanya”
Qiamat tidak dapat hendak dibayangkan dgn
apapun jua, kerana manusia tidak ada pengalaman sebelumnya walaupun bumi ini
pernah dihancurkan dan diterbalikkan buminya seperti yg berlaku kepada bumi
terletaknya kaum Nabi Lut. Demikian juga penduduk kota Hiroshima dan Nagasaki
yg pernah menyaksiakan kehancuran kedua kota itu oleh ledakan bom atom ketika
perang dunia kedua dahulu. Namun kesemuanya bukan bandingan kepada qiamat.
Didalam kitab Ihya Ulumuddin juzuk yg ke
empat mengandungi perkara yg jauh dari pandangan manusia disebut sebagai
“Rubu’al-Muhlikat”. Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang manusia yg telah
dibangkitkan dan kubur-kubur mereka selepas tiupan ‘Sangkakala’ yg kedua.
Kebangkitan manusia yg mati sejak zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir
selepas alam buana diqiamatkan. Dengan dipertemukan semula sekalian roh dengan
jasad yg baru.
Manusia apabila dibangkitkan, sudah pasti
ia memerlukan satu hamparan bumi untuk berpijak, adakah bumi mahsyar tempat
manusia dihimpunkan itu sama dengan bumi yg ada sekarang ini. Maka dalam kitab
Ihya Ulumuddin juzuk yg ke empat, Imam Al-Ghazali meghuraikan tentang satu
dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang. Keadaan buminya yg dapat
dijadikan tempat berteduh disebalik bayangnya atau lurah bergaung dan bergua yg
boleh dijadikan tempat kediaman.
Pada dataran putih yg maha luas itulah
manusia yg baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yg
dihalau keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yg baru lahir dengan
keadaan berkaki bagi melindungi aurat masing-masing.
Seluruh manusia dihimpunkan di bumi
mahsyar yg rata itu, tiba-tiba menjadi gempar apabila Allah Yg Maha berkuasa
telah memadamkan pelita matahari, menjadikan dataran mahsyar itu menjadi gelap
gelita. Ketika manusia bersesak-sesak dan bertumpang tindih di dalam gelap
pekat itu, tiba-tiba langit yg berada diatas kepala mereka retak dan menjadi
pecah berderai. Kehancuran langit itu berjalan kira-kira lima ratus tahun
mengikut kiraan akhirat.
Bagaimanakah hendak dibayangkan betapa
dasyatnya kehidupan manusia di dataran mahsyar, yg mendengar setiap masa bunyi
langit yg pecah hancur. Setara mana ukuran bunyi suara langit yg pecah itu
bolehlah dinisbahkan kepada benda yg pecah itu, sekiranya yg pecah itu hanya
suatu logam yg nipis dan lembut tentulah bunyinya tidak sekuat mana.
Sebaliknya langit yg keluasannya tidak
dapat diukur dengan sebarang jenis ukuran manusia sama ada ukuran metrik atau
lainnya, termasuk juga ketebalan dan juga telinga yg mampu mendengar bunyi
dasyat apabila langit pecah berderai, pasti gegak gempita.
Setelah langit hancur berderai, pecahan
dan rekahan langit itu tiba-tiba menjadi cair seperti besi yg dibakar didalam
relau menjadi cair oleh kepanasan yg terlalu dasyat. Jika kita melihat lahar
gunung berapi mengalir dilereng gunung pada waktu malam dengan warna merah
menyala, hati kita akan merasa gerun. Apabila langit yg keluasannya hanya Allah
saja yg mengetahui lalu menjadi cair spt lahar kemudian cecair yg merah menyala
mengalir kedataran bumi yg dipenuhi manusia yg sedang di himpun kan maka
sulitlah hendak membayangkan betapa cemas dan bercemperanya manusia ketika itu.
Kemanakah manusia hendak melarikan diri
dari segala huru-hara mahsyar itu, Waktu hidup didunia dahulu jika berlaku
suatu mala petaka di suatu tempat, mereka masih boleh berusaha melarikan diri
ke negeri yg dapat untuk menyelamatkan diri kecuali sebahagian dari mereka yg
telah terperangkap.