Pahitnya Mata Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Seorang
sufi bermadah,
"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak
pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah
beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak
menentu".
Nabi s.a.w.
bersabda,
"Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa
nafsunya".
Kata
pemikir Islam,
"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran
padanya ..sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak
mursyid berkata,
"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal
ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan
buah dalam kehidupan".
Istimewa
jiwa pengasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka
ialah iman yang kuat".
Saling
mencintai.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi
dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh
terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan
terasa demam".
Nabi s.a.w.
bersabda,
"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari
sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang
hamba Allah berkata,
"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi
sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya
dari syahwat.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya
suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau
hati itu bersih.
Seorang ulamak berkata,
"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah..
pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati
itu bersih".
Wanita
syurga bercahaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi..
nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon
syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang
berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai
melepasinya".
Seorang
soleh berkata,
"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada
sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat
jahat musuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk
engkau".
Balaslah
jasa orang.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika
kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian
kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya
(mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar
melainkan syurga".
Tegas
demi kebenaran.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk
mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau
mendengarnya".
Istimewa
sembahyang malam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang
sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan
menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau
kira kau bijak?
Seorang soleh mengingatkan,
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang
paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya
iman.
Seorang ulamak berkata,
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula
tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang
yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".
Amalan
Islam terbaik.
Seorang lelaki bertanya,
"Manakah amalan Islam yang terbaik??"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal
mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan
akan pudar.
Seorang ulamak berkata,
"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua
akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan
Tuhan??".
Mata
yang beku.
Rasulullah bersabda,
"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi
mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih
dunia".
Jika
engkau mahukan kemesraan.
Seorang bijak pandai Islam berkata,
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang
terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah
merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya
berpisah denganNYA".
Jangan
cakap banyak.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah
dapat menyampaikan hajatmu".
Kata
pemikir Islam,
"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah
bolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri
tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat
meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar
dengan buku.
Seorang ulama berkata,
"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang
belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran
bak mutiara.
Seorang ulama berkata,
"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa..
hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa
diam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih
baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan
diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika
Allah kasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka
dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki
binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".