33 tahun belajar....8 jer dapat
Kisah ini adalah diriwayatkan daripada Hatim Al Asom yang
merupakan penuntut kepada Sadiq Al Balqi r.a. Pada suatu hari Sadiq bertanya
kepada Hatim:
"Wahai muridku! Berapa lamakah engkau mengenaliku? Jawab Hatim: 33 tahun.
Kata Sadiq; Apa yang engkau pelajari daripadaku dalam tempoh tersebut?. Maka
Hatim menjawab hanya lapan (8) perkara yang aku perolehi daripadamu. Lalu
gurunya terkejut dengan jawapan itu lalu dia pun bertanya: telah berlalu umurku
bersamamu dan engkau tidak pelajari selain lapan perkara? Hatim berkata: wahai
guruku, aku tidak mempelajari selain lapan perkara tersebut dan aku tidak mahu
membohongimu. Gurunya bertanya: “apakah lapan perkara itu?”
Jawab Hatim:
Pertama: Aku melihat kepada manusia ini, dan aku dapati setiap daripada mereka
mencintai kekasihnya, tetapi percintaannya terbatas, apabila kekasihnya menemui
ajal, maka aku menjadikan kebaikan sebagai kekasihku, apabila aku mati aku pergi
bersamanya.
Kedua: Aku mengamati pada kalam Allah yang maksudnya: “dan sesiapa
yang bertaqwa kepada Allah dan mengekang hawa nafsunya sesungguhnya syurgalah
tempat tinggalnya”. Maka aku mengetahui bahawa kalam Allah itu benar,
lalu aku bersungguh-sungguh mengekang nafsuku sehingga benar-benar menuruti
perintah Allah.
Ketiga: Aku melihat manusia apabila dia mempunyai sesuatu yang bernilai, ia
berusaha untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya, lalu aku
teringat firman Allah yang bermaksud: “apa yang kamu miliki pasti akan
binasa dan apa yang ada di sisi allah akan kekal abadi”.
Keempat: Aku melihat manusia itu berbangga dengan harta, keturunan dan pangkat.
Maka aku merenung pada firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya
orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di
kalangan kamu.
Kelima: Aku melihat manusia saling menuduh dan melaknat sesame mereka dan semua
itu berpunca daripada hasad, aku merenung firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya tuhanmu mengagihkan rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakinya dan menentukannya”.
Keenam: Aku melihat manusia itu menzalimi dan membunuh sesame mereka, maka aku
merenung firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh
kamu, maka ambillah dia sebagai musuh yang sebenar”.
Ketujuh: Aku melihat manusia dan aku dapati setiap daripada mereka itu
berdukacita dengan apa yang mereka tidak perolehi dan selalu menolak ketentuan
Allah Taala. Keadaan ini mengingatkan aku kepada firman Allah yang bermaksud:
“Setiap apa yang melata di atas muka bumi ini Allahlah yang menentukan
rezeki mereka”.
Kelapan: Aku melihat manusia dan aku melihat mereka bergantung nasib kepada
makhluq, lalu aku teringat firman Allah yang bermaksud: “Bertawakallah
kepada yang hidup dan tidak mati”.