<BGSOUND SRC="masmerah.mid">
Dosa ada 2 kategori, dosa zahir dan dosa batin
Yang lahir nampak dan mudah disedarkan
Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin
Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal

Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar
Dan payah disedarkan mereka
Kalau dosa yang zahir nampaknya sedikit sahaja
Yang dalam lebih banyak lagi

Cuma peluang untuk bertindak belum ada
Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya
Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi
Kerana tidak ada peluang untuk bertindak

Kalau yang dalam itu ada peluang Masya-ALLAH
Yang lahir itu makin bercambah
Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya
Oleh kerana dosa yang di dalam banyak peluang untuk membuat terhalang

Ramai yang menyangka dia tidak ada dosa
Kerana itulah ramai yang berkata: " Saya tidak bersalah"
"Saya tidak berdosa"
Dosa sombong, dosa riak, doa megah, dosa ujub
Dosa dengki, dosa hendak glamour, hendak puji
Dan lain lagi mana yang nampak

Apabila lahir buahnya baru nampak
Dosa yang terpendam dalam hatinya
Buahnya akan nampak apabila tercabar
Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji

Dinasihati dan lain-lain barulah nyata
Di sinilah perlunya guru mursyid, kerana yang punya diri
Pun tidak begitu nampak dosa-dosa yang tersembunyi itu
Guru Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin

Sama ada secara langsung mahu pun tidak secara langsung
Kerana itulah untuk menuju ALLAH Taala
Kenalah ada guru yang bertaqwa
Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh memberitahu
Perjalanan batin murid-muridnya
DOSA ZAHIR DAN BATIN
Artikel ini telah dibaca sebanyak;
kemuka depan
Hosted by www.Geocities.ws

1