<BGSOUND SRC="masmerah.mid">
'BALA, BENCANA DAN MALAPETAKA ADALAH IBTILA' (UJIAN)
Allah Taala menjelaskan antara punca bala bencana yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan oleh manusia sendiri iaitu ramainya umat manusia yang melakukan maksiat, menentang, mempermain dan tidak melaksanakan hukum Allah dan Rasul-Nya, batas-batas syarak dicerobohi dan sebagainya Bala, bencana, malapetaka atau seumpamanya merupakan ibtila' iaitu ujian dari Allah Taala. Jika benar kita beriman sesungguh-sungguhnya kita akan sabar menghadapinya. Apabila Allah Taala menurunkan sesuatu bala maka tidak dikecualikan kepada sesiapapun sekalipun kepada anak-anak kecil, orang tua, orang dewasa, wanita dan sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal ayat 25 : yang bermaksud

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Berdasarkan tulisan oleh Zin Mahmud( wartawan utusan) pada 29 Dis 2004(Selasa) dalam tajuk Hakikat bencana Alam, pendapatnya amat bercanggah dengan ayat ini. Beliau telah mengatakan

Justeru untuk menyatakan bahawa bencana alam ini merupakan balasan kepada sesuatu dosa adalah tidak adil kerana ombak tidak kenal semua itu.Kanak-kanak yang banyak terbunuh adalah mereka yang tidak berdosa.

Begitu juga dengan satu surat Mohd Sidki Hasan dari shah Alam yang disiar dalam ruangan forum pada tarikh dan yang sama, beliau menyatakan

Kepada semua rakyat Malaysia, bersimpatilah. Cubalah fahami peritnya penderitaan serta trauma kaum keluarga mangsa yang kehilangan sehingga lima orang anak di depan mata kepala sendiri.

Pagi itu pun ada pemanggil TV3 menyatakan ombak tsunami ini mungkin bala dan balasan Tuhan atas kita. Apakah singkat sungguh pemikiran orang kita?

Adakah kita cadangkan bahawa membawa keluarga berkelah ke tepi pantai satu dosa? Bagaimana dengan seorang nenek yang dihanyutkan ombak ketika sedang menunaikan solat Zuhur?

Mudah sungguh menjatuhkan hukum ke atas penderitaan orang lain dari hadapan kaca televisyen. Tidakkah kita terharu melihat sukarelawan bukan Islam begitu

Kedua-kedua pendapat tidak mencerminkan sikap yang matang terhadap ketentuan Allah Taala. Bala adalah ibtila'(ujian Allah). Apakah Allah Taala tidak adil kepada hambanya jika diturunkan sesuatu bencana. Ketahuilah, Allah Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Saksama.Manusia yang hatinya keras umpama batu yang pejal sahaja sukar untuk bertafakkur dan bertadabbur terhadap sesuatu kejadian Allah baik yang berupa nikmat mahupun azab.

Tidakkah pernah kita berfikir bahawa segala bencana yang berlaku baik waktu sekarang mahupun yang sudah berlalu merupakan amaran Allah dan Rasul-Nya. Amaran Allah tentang dahsyatnya apabila berlakunya kiamat.Tsunami 26 Dis lalu cuma kuatnya hanya 9.0 pada skala richter yang dikatakan paling kuat gegarnya di dunia semenjak 40 tahun yang pernah berlaku di Alaska dahulu pada 1964.

Skalanya itu hanyalah kecil jika difahami pergertian surah al-zalzalah dan al-insyiqaq,al-qiamah dan dalam ayat-ayat dan surah yang lain yang menceritakan tentang detik berlakunya hari kiamat.

Allah taala menceritakan bumi akan digoncang sedahsyat-dahsyatnya, manusia lari bertempiaran tanpa mempedulikan orang yang tersayang, bintang-bintang berguguran, gunung-ganang bukit-bukau ranap menjadi debu, laut dan langit terbelah dan pelbagai gambaran yang amat dahsyat disebut dalam ayat-ayat tesebut.

Ketahuilah juga dengan sabdaan peringatan Nabi Besar Muhammad s.a.w tentang malapetaka Tsunami ini.

Tidak akan datang hari kiamat sehingga terdapatnya golongan yang besar saling berbunuhan antara satu sama lain.Akibat dari dua golongan ini terjadilah peperangan yang besar,sedangkan ajakan-ajakanya adalah sama sehinggalah dibangkitkan para dajal tukang dusta.Jumlahnya hampir 30 orang semuanya itu mengaku menjadi utusan Allah. Dan sehinggalah ilmu agama dicabut, banyakknya berlaku gempa bumi, zaman sudah dekat mendekati(perjalanan menjadi dekat dll),berlaku fitnah berleluasa...hingga akhir hadis."(riwayat Imam Bukhari r.a.)

Marilah kita menginsafi diri kita sebelum bertemu dengan Allah dengan berbekalkan ajaran al-Quran dan as-sunnah.Bukan menolaknya dan meninggalkan ajarannya. Sekadar berdoa, bertahlil, berkhutbah dan membatalkan program maksiat sempena tahun baru sahaja tetapi perlu menghayati sepenuhnya ajaran Islam bukannya hadharahnya sahaja diamalkan.
kemuka depan
Hosted by www.Geocities.ws

1